Brad Pitt Luahan Isi Hati Kepada Aishwarya Rai. Sweet Sangat!

 Brad Pitt mengaku tertarik dengan kecantikan dan kemahiran lakonan Aishwarya Rai. Brad juga secara terbuka menyatakan kekagumannya terhadap Aishwarya. Malah bekas suami Angelina Jolie itu masih mahu berlakon filem dengan Aishwarya walaupun sebelum ini pernah ditolak.

Brad Pitt Kagum Dengan Aishwarya Rai

Seperti yang Murai MY terbaca di laman PinkVilla, Brad secara terbuka menyatakan pujiannya untuk aktres Bollywood Aishwarya. Brad memanggil isteri Abhishek Bachchan itu sebagai pelakon serba boleh yang begitu terkenal di dunia perfileman kerana kecantikan, gaya dan kemahiran lakonannya.

Sebenarnya, sebelum Priyanka Chopra dan Deepika Padukone melebarkan sayapnya di Hollywood, heroin filem Mohabbatein sudah terlebih dahulu membuat India bangga dengan kehadirannya dalam industri filem di Hollywood.

Jadi tidak menjadi hal yang baru untuk Aishwarya terkenal di mata dunia. Aishwarya juga pernah membintangi filem Hollywood seperti Provoked (2006) dan Pink Panther 2 (2009). Hal ini beginilah yang membuatkan  Brad Pitt teringin sangat nak berlakon dengan Aishwarya walaupun pernah gagal.

“Jika diberi peluang, saya ingin bekerjasama dengan Aishwarya Rai Bachchan, kerana dia seorang pelakon yang serba boleh. Dia adalah salah seorang pelakon Bollywood paling popular yang mendapat pengiktirafan di Barat kerana gaya, kecantikan dan kemahiran lakonannya. Saya rasa kami kehilangan peluang untuk berlakon bersama untuk Troy, “kata Brad Pitt, yang dipetik oleh Pinkvilla.

Sebelum ini, difahamkan, Aishwarya mendapat tawaran untuk melakonkan watak Briseis untuk filem Troy (2004) dan bergandingan dengan Brad. Tetapi Aishwarya menolak tawaran itu.

Ini Alasan Aishwarya Tolak Berlakon Dengan Brad Pitt

Menurut tinjauan di laman Cosmopolitan, Aishwarya tidak menerima tawaran itu kerana tidak selesa terpaksa melakukan adegan int1im dengan pelakon berusia 56 tahun itu. Sehingga akhir, watak itu jatuh pada pelakon Rose Byrne.

Dalam sebuah rancang temubual dalam mempromosikan filem K1illing Me Softly pada tahun 2012, Brad juga mengaku meminati untuk terlibat dalam filem Bollywood. Dia mahu suatu hari nanti dapat berlakon dan menari dalam filem Bollywood.

“Saya gembira jika saya dapat bekerja untuk filem Bollywood kerana ada banyak drama dan warna di sana. Saya mungkin memutuskan untuk bekerja di filem Bollywood dan melakukan  salah satu tarian dengan seluruh kru di latar belakang,” kata Brad Pitt.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : murai.my

 

Be the first to comment on "Brad Pitt Luahan Isi Hati Kepada Aishwarya Rai. Sweet Sangat!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*