“Macam Orang Giler Tapi..” Gara2 Foto Ni, Zara Zya Dihujani Komen Netizen

KUALA LUMPUR: Jauh di sudut hati, pelakon, Zara Zya, 35, mengharapkan hubungan cinta bersama jejaka yang masih dirahsiakan identiti menemui penamat yang baik.

“Soal siapa gerangan si dia, biarlah masa menentukan. Sekarang, kami dalam fasa mengenal hati budi. Saya fikir buat masa sekarang, cukup saya berkongsi bahawa diri ini sudah ada kekasih hati.

“Pada peringkat awal ini, cukuplah orang tahu sedikit perihal hati ini. Selebihnya, biar saya dan si dia simpan,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Zara pernah menafikan kekasihnya bertugas dengan pasukan badan beruniform seperti gosip tersebar.

“Si dia bukan kalangan petugas keselamatan atau badan beruniform seperti yang didakwa.

“Siapa gerangan, biarlah dirahsiakan dahulu. Si dia banyak membantu dan berkongsi idea berbekalkan pengalaman dimilikinya yang turut aktif dalam kerja amal.

“Saya sangat selesa dengannya. Namun, masih terlalu awal untuk berkongsi lebih jauh mengenai hubungan kami,” katanya yang membuat pengakuan terbuka di laman Instagram (IG) memaklumkan sudah bertemu insan istimewa, April lalu.

Katanya, dia tidak mahu lagi terlalu galak bercerita soal peribadi. Ini pendirian yang diputuskan, buah hatinya itu cukup memahami.

Zara berkata, dia dan kekasih ada kehidupan peribadi.

“Takkanlah sepanjang masa hendak mengemaskini soal peribadi sahaja. Saya dan dia ada kehidupan dan kerjaya masing-masing. Dia bukan selebriti, jadi biarlah dia dengan caranya,” katanya.

Pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013 ini turut diaju pertanyaan sejauh mana hala tuju hubungan mereka.

“Pada usia sekarang, pastinya saya mahu ada insan yang menjaga dan melindungi diri. Saya bukan makin muda. Saya tiada masa untuk berkenalan dengan orang lain dalam tempoh lama.

“Pastinya jauh di sudut hati, saya harap hubungan kali ini menjadi. Semoga dipermudahkan dan menemui penghujung yang baik,” katanya.

Biarpun baru lima bulan cinta bersemi, Zara berkata, dia dan kekasihnya bagaikan sudah lama saling mengenali.

Sejak detik mula hati tertambat, Zara atau nama penuhnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin cukup beruntung.

Mengapa tidak, si dia menjadi pendorong utama buat pelakon ini untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan melalui galakan dan inspirasi yang dikongsi jejaka terbabit.

Malah, Restoran Zara Zya Cooks yang beroperasi di Shah Alam, Selangor, sejak awal bulan lalu, khabarnya diusahakan bersama si dia sebagai rakan kongsi.

“Percaturan saya untuk membuka restoran ini membuahkan hasil. Lokasinya strategik. Nampaknya, penggunaan nama sendiri memberi impak kepada restoran ini terus dikenali.

“Saya harap tuah berpanjangan. Saya tambah bersemangat dengan sokongan dan galakan daripadanya. Si dia banyak membantu dan berkongsi idea berbekalkan pengalaman sebagai usahawan.

“Insya-Allah dengan pasukan kerja yang betul, saya harap restoran ini akan dibangunkan dengan baik,” katanya.

Terbaru Zara Zya berkongsi gambar di instagram tarik perhatian netizen 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Apa yang kamu ingin kata kan?

A post shared by ZaraZya (@zarazya) on

KOMEN NETIZEN :

nampak mcm org gile.tp comel la plakk😀😘

selipar baru tu. carila selipar buruk

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : 

 

Be the first to comment on "“Macam Orang Giler Tapi..” Gara2 Foto Ni, Zara Zya Dihujani Komen Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*