Ini Senarai Artis Malaysia Yang Berkahwin Dengan Artis Seberang!

Perkahwinan berlainan bangsa, budaya dan negara bukanlah sesuatu yang asing di negara kita, lebih-lebih lagi di kalangan selebriti.

Pernah dengar peribahasa, ‘ikan di laut, asam di darat, bertemu juga dalam belanga’? Yang bermaksud biarpun tinggal berjauhan negeri, kalau ada jodoh akan menjadi suami isteri juga.

Okaylah Gempak senaraikan beberapa selebriti Malaysia yang telah berkahwin dengan selebriti Indonesia.

#1 Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari

Pasangan romantis telah berkahwin pada 8 Ogos 2008 dan perkahwinan mereka berdua mendapat liputan yang luas daripada media Malaysia dan Indonesia. Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila Ashraf dijemput illahi pada 18 Februari lalu akibat ser4ngan j4ntung. Ashraf dan BCL memiliki seorang anak lelaki Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

#2 Asyraf Khalid & Tya Ariffin

Anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza yang  juga usahawan Malaysia ini berkahwin dengan aktres Indonesia Tya Ariffin atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin pada 1 November 2015. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa 1 tahun.

#3 Iedil Putra & Prisia Nasution

Pelakon Iedil Putra yang juga tonggak utama Ola Bola The Musical berkahwin dengan Prisia Nasution, seorang pelakon dan model dari Indonesia pada 1 Jun 2016. Prisia Nasution pernah berkahwin dengan bekas suaminya, Ananda Haris Siregar pada tahun 2012 dan perkahwinan bersama Iedil Putra merupakan perkahwinan keduanya.

# 4 Engku Emran & Laudya Cintya Bella

Bekas suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin berkahwin dengan pelakon cantik Indonesia Laudya Cintya Bella pada tahun 2017 selepas berkenalan selama beberapa bulan. Bagaimanapun selepas dua tahun berumah tangga Laudya mengesahkan sudah bercer4i dengan Engku Emran. Menurut Laudya, keputusan percer4ian itu dibuat secara sepakat di antara kedua-dua pihak dan ia dilakukan dengan cara yang baik.

#5 Anita Sarawak & Broery Marantika

Pada tahun 1981, Anita memilih untuk berumah tangga kali kedua selepas bercer4i dengan suami pertamanya, pemuzik dari Singapura, Mohamed Abdul Samad pada 1976. Anita membina mahligai  bersama penyanyi terkenal dari Indonesia, Broery Marantika. Perkahwinan kedua itu mengundang kontr0versi kerana Broery ketika itu masih menganut agama Kristi1an.

Bagaimanapun, segala kekecohan itu berakhir apabila Broery memelvk Islam di hadapan Mufti Singapura, Syed Al-Jufri di pejabat Majlis Agama Islam Singapura. Namun tanpa diduga, perkahwinannya bersama Broery hanya bertahan selama 4 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "Ini Senarai Artis Malaysia Yang Berkahwin Dengan Artis Seberang!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*