Erra Fazira Akan ‘Zip Mulut’ Kalau Engku Emran, LCB Tak Buka Mulut

Spekulasi pergolakan rumah tangga Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran akhirnya terjawab apabila pelakon Indonesia itu mengesahkan bahawa mereka sudah pun bercer4i selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Enggan mencampuri urusan rumah tangga bekas suaminya itu, Erra Fazira berkata dia mengetahui akan hal berlaku tetapi tidaklah secara mendalam. Ujarnya, selagi mereka tidak buka mulut, dia juga tidak akan buat perkara sama.

“Saya tidak mencampuri urusan rumah tangga walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak saya. Kalau mereka tak buka mulut, saya akan zip mulut saya.

“T1ipulah kalau saya tak tahu mengenai pergoalan yang berlaku sedikit sebanyak, tetapi secara mendalam saya tidak tahu dan tidak mahu tahu. Saya tak korek pun, hanya tahu cerita dasar,” katanya kepada Media Hiburan.

Erra berkata dia dan Laudya ada berhubung tetapi hal yang dikongsikan juga tidaklah terlalu terperinci. Ujarnya, tiada siapa yang mahukan percer4ian dan mereka itu sudah melakukan yang terbaik.

“Sebagai wanita kami ada berbicara menerusi teks, tapi hanya perkara-perkara umum sahaja tidak begitu terperinci. Bella juga tidak bercerita lebih kepada saya.

“Saya pun wanita dan ada beri semangat kepadanya. Tiada siapa yang mahukan percer4ian, saya pun pasti Bella dan bekas suami pun begitu. Mereka dah cuba tapi itulah ketentuannya,” katanya.

Terdahulu, Laudya memberitahu keputusan untuk berpisah itu telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan dilakukan secara baik.

Meskipun berdepan dengan pengalaman pahit, Laudya berkata dia reda di atas apa yang berlaku dan menganggap ia sebagai sebuah pelajaran dalam kehidupannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : Rotikaya

 

Be the first to comment on "Erra Fazira Akan ‘Zip Mulut’ Kalau Engku Emran, LCB Tak Buka Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*