“Pian janganlah m4rah!!” Sufian kenakan Elizabeth Tan, sekali suara manja tarik perhatian ramai

Segmen prank dalam rancangan di kaca televisyen antara yang menjadi perhatian dan antara segmen tersebut yang disukai ramai adalah menerusi rancangan hiburan popular, Trek Selebriti.

Meskipun, para selebriti jemputan perlu membuat prank terhadap seseorang yang dikenali mereka namun prank yang dilakukan tidaklah seteruk yang dibuat oleh sesetengah pihak.

Mungkin kerana itulah, segmen prank dalam rancangan yang dihoskan oleh Alif Farhan setiap rabu yang disiarkan di Astro Ria ini menjadi pilihan warganet malah ianya juga menghiburkan apabila dapat melihat selebriti mengenakan seseorang dengan pelbagai cara yang lucu.

Pada episod terdahulu, Zulin Aziz menjadi tetamu jemputan Trek Selebriti dan turut melakukan prank terhadap rakan pelakon, Fikry Ibrahim dan ternyata, ramai mengagumi sikap pelakon lelaki tersebut yang sanggup membantu Zulin.

Walau bagaimanapun, terbaru pula menerusi Instagram hos rancangan berkenaan, satu video teaser bagi episod seterusnya dikongsikan dan dapat dilihat, selebriti jemputan kali ini merupakan penyanyi terkenal, Sufian Suhaimi.

Melalui video, Sufian menelefon rakan penyanyi, Elizabeth Tan dan melakukan prank terhadapnya sehingga membuatkan penyanyi itu risau.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Biasa dah terkono dengan janji2 manis ni, last-last kena game dengan member 😂💥💯 Korang jangan lupa layan Trek Selebriti Musim Terbaru bersama @sufiansuhaimi_ dan host @aliffarhan_jr 🔥🔥 SETIAP RABU| 9.30PM ASTRO RIA #trekselebriti

A post shared by A L I F F A R H A N JR ™ (@aliffarhan_jr) on

Ternyata juga, perkongsian video itu meraih ribuan tontonan daripada pengikut dan peminat Alif Farhan di laman Instagram dan untuk menyaksikan gelagat prank Sufian dalam rancangan Trek Selebriti berkenaan boleh saksikan pada Rabu ini.

KOMEN NETIZEN :

“jangan laa maraaa” “jangan laa sedih” 😆

Kawan hahahah friend zone

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : HCL

 

Be the first to comment on "“Pian janganlah m4rah!!” Sufian kenakan Elizabeth Tan, sekali suara manja tarik perhatian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*