“30 Tahun Nak Ganti Kereta Dia…” – Kepala Kena Tunj4l, Isteri Nubhan Buka Mulut

Isteri penyanyi Nubhan Ahamad, Dr. Afifah Hidayah Tawfek mengakui berasa terkejut dengan tindakan awal suaminya yang berkasar sehingga sanggup menunj4l kepalanya di tempat awam.

Menurut Afifah, suaminya itu tidak pernah bertindak sedemikian rupa selama ini.

“Selama ini dialah yang selalu ingatkan agar kalau ada apa-apa jangan berg4duh di depan orang sekalipun di depan ahli keluarga lain. Apa-apa katanya tunggu balik rumah.

“Jadi, saya terkejut bila dia tiba-tiba menjeri1t. Dah lah di tempat umum dan ramai orang. Saya pun reda sahaja bila kena tunj4l kepala sebab masa tu dah rasa bersalah kerana hilangkan keretanya sebab kecuaian sendiri,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Menurut Afifah, dia tidak pernah terfikir bahawa ia merupakan satu rancangan untuk membuat kejutan sempena ulang tahun perkahwinannya.

“Saya tak terfikir pun itu satu pr4nk. Sebab saya faham yang hilang itu kereta dia. Orang lelaki kalau kereta tu memang sesuatu yang cukup berharga buat mereka.

“Bila dia mar4h-mar4h tu, saya tak boleh nak jawab. Saya diam sebab memang teringat dia ada beri kunci kepada saya.

“Saya rasa dah lemah kaki masa tu. Terdetik Allah nak uji saya sampai begini. Masa tu terfikir habislah 30 tahun tak boleh berbelanja ni nak gantikan kereta Mercedez dia,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kisah sebenar “LELAKI DAYUS” . Sorry sayang @drfietawfek sbb i tertunjal kepala you. I cuba nak buat u marah…tapi u x marah2 😅 i dah jam… sbb tu terpaksa berkasar sikit….sampai sekarang i rasa bersalah ni 😢 . As u wish! U nak sangat hadiah ni…hope you happy! Sorry jugak sbb tesalah date anniversary. Mngkin masalah hakiki lelaki suka lupa date ni x dpt dipisahkan. Sepoz bulan ogos. I ngatkan july😅 . Good luck for ur business @lantarabeauty i will support you ❤️ . Full video di youtube channel saya “NUBHAN AHAMAD” Jgn lupa subscribe ok! 🌹 . . #5thAnniversary

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad) on

Menurut Afifah ada beberapa babak yang tidak dipaparkan  dalam video penuh pr4nk yang dilakukan suaminya itu.

“Bayangkan saya sampai bertanya orang sana sini bertanyakan ada nampak ke tak kereta.

“Sampailah ahli keluarga datang kata ia satu kejutan. Terus saya menangis. Sebelum tu saya memang dah nak menangis sebab perasaan dah bercampur-baur dengan takut, tapi saya tahan sebab malu kat tempat umum ramai orang,” ceritanya.

Menurut Afifah, biarpun ia merupakan satu pr4nk, insdien tersebut membuatkan dirinya menjadi seorang yang lebih berhati-hati.

“Sekarang ni saya jadi lebih berjaga-jaga dengan barang. Kalau tak, sebelum ni, apa-apa semua sumbat je dalam beg. Lepas ni, saya akan letak elok-elok,” katanya.

Bagaimanapun, kata Afifah, dia sudah memaafkan tindakan suaminya yang terpaksa berk4sar demi menjayakan rancangan untuk membuat kejutan tersebut.

Terdahulu, satu video Nubhan mengas4ri isterinya di sebuah taman rekreasi menjadi perhatian warga net.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari insi1den tersebut, Nubhan mendedahkan bahawa ia hanyalah satu rancangan untuk membuat kejutan kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima Ogos depan.

Nubhan berkahwin dengan Afifah pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia, 3 dan Ahmad Aaffan yang kini baru berusia setahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "“30 Tahun Nak Ganti Kereta Dia…” – Kepala Kena Tunj4l, Isteri Nubhan Buka Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*