“Jangan Sebarkan..” – Wan Maimunah

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Wan Maimunah, 67, tidak faham kenapa ramai yang suka menyebarkan beritanya sedang uzur, sedangkan keadaan kesihatannya baik.

Bintang air mata itu berkata, dia sekali lagi ‘tersentak’ apabila menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp daripada rakannya di Sabah yang bertanyakan keadaan kesihatannya.

Wan Maimunah berkata, rakannya itu mendakwa mendengar hebahan menerusi sebuah stesen radio yang mendakwanya sedang saki1t.

“Kali terakhir saya dimasukkan ke Hospital Alor Gajah, Melaka, tiga tahun lalu. Alhamdulillah, setakat ini, kesihatan saya baik sahaja. Setakat b4tuk dan selsema perkara biasa. Keadaan kesihatan yang baik ini juga berkat doa peminat.

“Cuma, saya minta janganlah menyebarkan berita saya saki1t lagi, lama kelamaan saya saki1t betul-betul. Periksa dahulu kesahihan cerita. Bukannya apa, saya tak mahu anak, saudara-mara, rakan dan peminat risau keadaan saya. Lagipun, tempat tinggal saya mempunyai masalah talian telefon, ada kalanya petang atau malam saya baru pesanan mesej yang dihantar.

“Seorang teman dari Sabah ada bertanya khabar. Saya pula baru sahaja selesai menunaikan solat Zuhur. Jadi, apabila mendengar berita p4lsu ini, saya terus diser4ng saki1t kepala,” kata Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) lima tahun berturut-turut, bermula 1992.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia tidak mahu keluarga bimbang keadaan kesihatannya, ditambah pula talian telefon yang kurang baik di kawasan kediamannya menjadi sebab tidak gemar berita tidak sahih tersebar.

Katanya, sebelum ini, perkara sama pernah terjadi ketika tinggal di Bandar Hilir, Melaka. Dirinya dikunjungi sepupu yang risau keadaannya selepas mendengar beritanya uzur.

“Sepupu saya mahu mengambil anaknya di Segamat. Bila terdengar berita saya tidak sihat, dia singgah ke Melaka bagi memastikan keadaan saya.

“Sebab itu, saya tak suka berita tidak sahih tersebar kerana saya tak mahu menyusahkan orang. Saya tak mahu ada menyangka terlantar saki1t bila saya tidak dapat dihubungi.

“Sebelum ini, pernah tersebar berita mendakwa saya dimasukkan ke Unit Raw4tan Rapi (ICU),” katanya kepada BH Online.

Mengulas perkembangan kerjaya seninya, wanita kelahiran Tebrau, Johor Bahru itu berkata, dia masih lagi menerima tawaran lakonan.

“Saya akan muncul menerusi telefilem mengisahkan petugas barisan hadapan yang akan menjalani penggambaran, Ogos depan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : BH

 

Be the first to comment on "“Jangan Sebarkan..” – Wan Maimunah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*