Farid Kamil Lakonkan Babak Romantik Dengan Lisa Depan Yusry, Ini Reaksi Mengejuttkan Farid Kamil

Aktor Farid Kamil akui teruja apabila kembali digandingkan dengan Lisa Surihani sebagai heroin di dalam drama Pelindung Seorang Puteri.

Menurut Farid gandingan kali ini dilihat lebih matang selepas 10 tahun mereka ‘bersatu’ kembali.

“Digandingkan kembali dengan Lisa memang sesuatu yang ditunggu-tunggu. Saya cukup bertuah kerana dipilih untuk berlakon dalam drama ini.

“Banyak kelainan yang ditampilkan dalam gandingan kali ini kerana ia merupakan adaptasi dari novel terkenal.

“Saya rasa lakonan kali ini lebih matang dan bermutu dari semua pelakon yang memberikan terbaik,” katanya.

Farid dihubungi Astro Gempak mengenai drama arahan Yusry Abdul Halim itu yang bakal menghiasi slot Megadrama ini bermula hari ini, jam 10.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Kali terakhir Farid dan Lisa ‘disatukan’ adalah menerusi filem Lagenda Budak Set4n pada tahun 2010 dan turut bekerjasam dalam menjayakan filem lain seperti Semerah Cinta Stiletto, I’m Not Single serta banyak lagi.

Apabila ditanya apakah perasaannya apabila perlu melakonkan babak romantik di hadapan suami Lisa yang juga pengarah drama tersebut, Farid dedah mereka professional.

“Satu pengalaman baru bagi saya apabila berlakon di bawah arah Yusry selalu kami hanya berlakon bersama.

“Pada mulanya saya ingat ia sukar kerana perlu melakonkan aksi romantik di hadapan suami Lisa, rupanya lebih mudah.

“Malah Yusry sendiri yang akan guide dan fahamkan saya bagaimana untuk melakonan watak romantis itu supaya ia menjadi lebih baik.

“Cuma aksi saya perlu pukvl Lisa sahaja, nampak Yusry amat bimbang akan isterinya. Bagi saya itu normal lah kan,” katanya lagi.

Drama bersiri Pelindung Seorang Puteri merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel yang mengangkat genre romantik thriller terbitan pihak Astro Ria dengan kerjasama syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Drama 16 episod itu turut menampilkan pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Drama Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difi1tnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.

Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.

Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“Jika benar cinta,tak akan ada luka…. . Pelindung Seorang Puteri #pelindungseorangputeri . Terbitan @suhanmovies @iamrosyam . Arahan @yusryabdhalim . Dibintangi oleh: @lisasurihani @faridkamilz @sharnaazahmad @haleedamazlin @arashmohd30 @wannorazlin_307 @pu_rizzz_ismail @jasmine_suraya @ezzatyabdullah @nadiyah.shahab @zainhamid @norreen143 @faeznick #Hafizuddinfazil . Dan ramai lagi. @bambam_studios . #pelindungseorangputeri #megadrama #astroria #astroriahd #suhanmovies #legand

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber: GEMPAK

 

Be the first to comment on "Farid Kamil Lakonkan Babak Romantik Dengan Lisa Depan Yusry, Ini Reaksi Mengejuttkan Farid Kamil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*