Belum Maafkan Nubhan Tunj4l Kepala

Minggu lalu hangat diperkatakan apabila tular video penyanyi Nubhan Ahmad menunjal kepala isterinya, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek. Namun, Nubhan menjelaskan ia hanya lakonan dan ‘pr4nk’ sempena ulang tahun kelima perkahwinan mereka.

Meskipun sudah menjelaskan perkara sebenar, Nubhan mengakui ada segelintir netizen masih belum dapat memaafkan dan tidak boleh melupakan tindakannya meng4sari isterinya itu.

“Walaupun mereka tahu itu hanya ‘pr4nk’, tapi ramai yang masih tak boleh terima. Berdasarkan komen mereka, kebanyakannya mar4h dengan tindakan saya itu.

“Walaupun isteri saya okay dan sudah maafkan, nampak gayanya tidak bagi netizen. Mungkin sebab saya tunj4l kepala walaupun saya hanya mahu menghidupkan watak dan situasi,” katanya kepada Harian Metro.

Nubhan berkata pr4nk sempena ulang tahun perkahwinan mereka itu, dia menghadiahkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang merupakan kereta idaman isterinya.

“‘Pr4nk’ ini dirancang sempena ulang tahun kelima perkahwinan kami dan dia memang tak tahu apa-apa. Malah, ketika mengetahui itu adalah ‘pr4nk’ pun dia masih terpinga-pinga. Ditambah pula saya salah tarikh yang mana sepatutnya ulang tahun perkahwinan kami pada bulan depan.

“Sebab itu sewaktu saya beritahu ia sempena ulang tahun perkahwinan dia agak ‘blur’. Tapi tak mengapa sebab anggaplah saya berikan hadiah awal. Saya hadiahkan kereta ini sebab dia sudah lama impikannya dan mudah untuk kami sekeluarga.

“Saya pernah cakap belum ada duit nak beli. Jadi, itu sebabnya saya rancang buat ‘prank’ dengan tujuan memberikan dia hadiah ini. Kalau tengok di video penuh, dia menangis bersungguh-sungguh sebab tak percaya,” katanya.

Kata Nubhan lagi, itu kali pertama dia ‘naik tangan’ terhadap isterinya sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Bagaimanapun, dia terus memohon maaf kepada isterinya kerana tiada niat untuk berbuat sedemikian,

“Selepas itu, saya terus minta maaf. Memang tak ada niat pun nak tunj4l. Sebelum ini tak pernah pun nak perlakukan dia seperti itu. Dia isteri yang sangat baik dan tidak ada sebab untuk saya sakitinya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : ROTIKAYA

 

Be the first to comment on "Belum Maafkan Nubhan Tunj4l Kepala"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*