“Terima Kasih Menjadi Saksi…” – BCL

Pada pukul 3:30 petang, hari Ahad, 26 Julai, buat pertama kalinya Bunga Citra Lestari membuat satu vi1rtual showcase di saluran YouTube miliknya setelah lima bulan mendiamkan diri kerana wabak Covi1d yang melanda, serta menghormati pemergian suami tercinta, Allahy4rham Ashraf Sinclair.

Showcase secara maya itu dinamakan ‘Melangkah Lagi’ merupakan langkah awal untuk dia kembali kepada sesuatu yang sangat dicintainya iaitu menyanyi.

“Terima kasih untuk doa dan dukungannya. Untuk cintanya pada karya-karya saya. Untuk semangat yang diberikan yang menguatkan saya untuk melangkah lagi.

“Terima kasih telah menjadi saksi perjalanan saya, mengiringi langkah saya, kembali melakukan hal yang saya cintai. Bernyanyi,” tulis Bunga Citra Lestari di Instagram miliknya.

Dalam showcase maya semalam, Bunga menyampaikan tiga buah lagu, termasuklah single terbarunya ’12 Tahun Terindah’. Dua buah lagu lain adalah ‘Cinta Pertama (Sunny)’ dan Karena Kucinta Kau – “Melangkah Lagi”.

Persembahan dari tingkat tiga rumahnya itu dipanggil ‘Performing from BCL’s Attic’ turut diiringi oleh BCLband dengan muziknya digarap oleh Ronald Steven sebagai pengarah muzik. Showcase secara live di YouTube itu ditonton lebih 120,000 tontonan dan mendapat lebih 28,000 tanda suka dan 900 lebih komen.

Video untuk single terbarunya, ’12 Tahun Terindah’ sudah mencecah 12 juta tontonan dalam tempoh seminggu ianya dimuat naik ke saluran YouTube BCL.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "“Terima Kasih Menjadi Saksi…” – BCL"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*