Shuib Dedah Individu Kaki Kikis?

PELAWAK dan ahli perniagaan Shuib menyedari kewujudan golongan wanita yang gemar mengambil kesempatan serta mempergunakan lelaki kaya sebagai lubuk emas untuk kepentingan peribadi.

Enggan terpalit dengan kontr0versi yang boleh memusnahkan rumah tangga itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 35, berkata dia cuba mengelakkan diri daripada terjerumus dalam hubungan terlarang itu.

“Saya sedar kewujudan wanita yang digel4r kaki kikis ini dan dalam situasi sekarang ini dugaan memang hebat lebih-lebih lagi sebagai ahli perniagaan.

“Saya memang cuba elakkan diri supaya tidak menerima dugaan begitu… tapi kalau nak cerita fasal dugaan ini bukan orang jah4t sahaja kena, orang baik pun boleh diuji, apa-apa pun semua bergantung pada kita macam mana nak menahan.

“Saya beruntung sebab dikelilingi pelbagai jenis kenalan dan pernah lihat kawan yang terbabit dalam hal ini, jadi saya boleh tengok sendiri apa buruknya jika kearah itu… kita boleh nilai sendiri,” katanya kepada mStar.

Ibu dan isteri jadi pendorong untuk Shuib kuat berdepan ujian hidup.

Shuib berkata demikian ketika ditemui di pelancaran lagu Teh Terakhirku dan majlis pembukaan cawangan kafe Bubblebee di The Strand, Kota Damansara pada Selasa.

Teh Terakhirku merupakan lagu terbaharu nyanyian Shuib bersama Mark Adam dan Zynakal.

Sementara itu, Shuib berkata kebanyakan golongan wanita ini menggunakan media sosial sebagai platform untuk mencapai matlamat mereka.

 

Antara punca lelaki terjebak dalam hal ini kerana laman sosial… sebabnya ramai gold digger memburu lelaki menerusi platform tersebut.

SHUIB

PELAWAK

Justeru itu, dia mengambil pendekatan mengelakkan diri daripada membaca sebarang mesej peribadi yang diterima di laman tersebut.

“Kita pun dah biasa tengok video dan prank macam mana mereka ambil kesempatan terhadap orang kaya, kalau kita dah tahu jadi lebih baik elakkan daripada terjebak.

“Antara punca lelaki terjebak dalam hal ini kerana laman sosial… sebabnya ramai gold di1gger membvru lelaki menerusi platform tersebut.

Shuib berdoa rumah tangganya berkekalan sehingga akhir hayat.

“Kita dah tahu dalam itu ada harimau, takkan kita nak cuba masuk! Alhamdulillah buat masa ini tiada lagi gangguan dan saya pun tak buka atau layan mesej di Instagram,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shuib berkata dia sentiasa berpegang kepada pesanan ibunya yang berharap dia tidak alpa dan leka dengan kekayaan dunia.

“Saya pun bukanlah alim sangat tapi sentiasa beringat… emak saya selalu pesan kalau duit dah banyak jangan lupa orang yang bersama kita.

Dari kiri; Shuib, Zynakal dan Mark Adam bergandingan dalam lagu terbaharu, Teh Terakhirku.

“Dari situ saya sedar kalau saya salah langkah saya akan hilang orang yang saya sayang kerana apa yang saya miliki ini hasil doa mereka.

“Saya hanya mampu berdoa Allah makbulkan permintaan saya untuk kekal bersama isteri dan anak-anak selamanya… walaupun jodoh dan ajal ini kita tak boleh nak duga, cuma saya mampu berdoa kekalkan apa yang saya ada hari ini,” katanya.

Shuib dan penyanyi Siti Sarah Raissuddin berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Grand Launching BubbleBee The Strand dan PC Lagu baru “Teh Terakhirku” bersama dgn @markadam1079 dan @zynakal SYUKUR YA ALLAH DIATAS KURNIAN REZEKI 😊 @bubblebeemalaysia_hq @sitisarahraissuddin

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Besok dah start bisnes,dan besok ada 100 cups percuma utk korang 😊… Tahniah pd JV partner @babyanamoi @bqueenbeautyspa @houseoffurnitureempire_hq @bubblebeemalaysia_ampang

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Shuib Dedah Individu Kaki Kikis?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*