“I Love You Mama” – Tengku Jihan Titip Ucapan Sweet

TANGGAL 5 Ogos 2020 merupakan hari keIahiran ke-60 Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tidak terlepas menitipkan ucapan tentunya si puteri kesayangan, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah.

Menerusi Twitter pada pagi Rabu, Tengku Jihan memuat naik empat keping foto bersama ibundanya.

Happy birthday to the best mother I could ever ask for.

“Semoga Allah merahmatinya dengan kesihatan dan kegembiraan.

“I love you mama,” tulis Puteri Jihan sehingga menerima lebih 1,500 ulang kicau.

Antara foto yang dikongsi di Twitter Puteri Jihan.

Selain itu, netizen turut membanjiri posting berkenaan dengan pelbagai ucapan dan doa buat permaisuri kesayangan ramai itu.

“Selamat hari Iahir Tuanku Permaisuri semoga diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Semoga Allah merahmatinya dengan kesihatan dan kegembiraan.

TENGKU PUTERI JIHAN

“Happy birthday Tuanku. Semoga sentiasa dirahmati Allah.

“Semoga our queen dikurniakan kesihatan yang baik… murah rezeki… sporting selalu,” tulis beberapa netizen.

Selain Twitter, orang ramai turut membanjiri akaun Instagram Istana Negara yang turut berkongsi foto sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-60 Tunku Azizah.

Posting di Instagram Istana Negara.

Selain poster rasmi, foto-foto Tunku Azizah bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah turut dikongsi dalam posting sama.

Malah, ia sehingga kini menerima lebih 7,000 tanda suka (likes) dan dihujani pelbagai komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : mStar

Be the first to comment on "“I Love You Mama” – Tengku Jihan Titip Ucapan Sweet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*