Kant0i sedut ‘vape’ dalam dewan parlimen, Hishammuddin tampil mohon maaf

Sejak kebelakangan ini, 1su di dewan parlimen kerap kali menjadi topik pan4s di media sosial. Dari segi kandungan perdebatan mereka sehingga gerak-geri ahli parlimen yang berada disana, kesemuanya menjadi bualan netizen.

Kali ini, sorotan video tindakan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sedang menyedut vape di dalam dewan parlimen telah tular di Twitter.

Perkara tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang terkejvt dengan tindakan beliau.

Namun begitu, beliau telah tampil di Twitter dengan memohon maaf di atas apa yang berlaku dan berjanji perkara tersebut tidak akan berulang lagi.

Hishammuddin turut mengakui bahawa tidak menyedari hal tersebut kerana baru sahaja melakukan kebiasaan yang baharu itu.

Oleh itu, pelbagai maklum balas diterima oleh warganet susulan daripada tindakan cepat menteri itu memohon maaf diatas ketelanjuran tersebut.

Ada yang mempertikaikan kredibilitinya kerana dilihat tidak sopan berikutan sedang berada dalam sidang dewan rakyat dan ada juga yang memuji keberanian beliau dalam memohon maaf dan mengakui kesilapan yang sudah dilakukan.

Sumber: HishammuddinH2O, Twitter

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Kant0i sedut ‘vape’ dalam dewan parlimen, Hishammuddin tampil mohon maaf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*