Ara buat haI tarik diri pada saat akhir hingga menyusahkan produksi? Ini jawapan Ara Johari

Penyanyi Ara Johari menafikan dirinya artis bermasaIah apabila menarik diri daripada menjayakan program terbitan sebuah stesen televisyen (TV) pada saat akhir hingga did4kwa menyusahkan produksi mencari pengganti.

Ara mend4kwa, faktor kesihatan yang tidak mengizinkan membuatkan dia terpaksa menarik diri biarpun menyedari tindakannya itu mengundang rasa tidak senang pihak terbabit.

“Seminggu sebelum rakaman program itu dijadualkan, Ara sudah tidak sedap badan. Ara kena sempvt. Pada awalnya, Ara yakinkan diri boleh buat program itu. Namun, sehari sebelum program berlangsung, badan Ara tidak bermaya.

“Apabila Ara bangun tidur, tiba-tiba tidak boleh bern4fas. Ara beritahu keadaan itu kepada pengurus. Ara boleh terus jayakan program itu, tetapi Ara tidak berani jamin kemungkinan yang bakal berlaku,” katanya.

Ara berkata, sebelum ini, apabila diser4ng sempvt, Ara mendapatkan rawar4tan menggunakan mesin nebulizer. Namun, dalam situasi COVID-19 yang masih belum reda, doktor tidak menggalakkan Ara menggunakan kaedah itu.

“Melihat keadaan diri yang semakin lemah, pada tengah malam sehari sebelum program berlangsung, Ara menghubungi pihak produksi.

“Ara memaklumkan tidak dapat menghadiri rakaman itu,” katanya.

Biarpun mempunyai alasan kukuh, penyanyi yang popular menerusi lagu Bunga dan Racvn Hati ini mengaku dia masih dihantvi rasa bersalah atas apa yang berlaku.

“Sebelum ini, Ara ada dengar cerita konon Ara buat hal dengan stesen TV. Ia bukanlah perkara yang disengajakan kerana Ara memang tidak sihat.

“Sehingga hari ini, Ara masih rasa tak sedap hati dengan apa yang berlaku. Ara berterima kasih kepada artis yang menggantikan tempat Ara walaupun pada saat akhir.

“Ara ingin memohon maaf kepada semua pihak jika apa yang berlaku itu menyusahkan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 23 tahun ini berharap dapat menghasilkan lagu baharu secepat mungkin.

“Single terakhir, Racvn Hati dilancarkan November lalu dan momentumnya semakin perlahan. Ketika ini, syarikat rakaman masih lagi dalam peringkat pemilihan lagu.

“Walaupun tiada tarikh tertentu untuk lagu baharu dilancarkan, Ara berharap single itu dapat menemui peminat, tahun ini,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : BH

 

Be the first to comment on "Ara buat haI tarik diri pada saat akhir hingga menyusahkan produksi? Ini jawapan Ara Johari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*