Netizen simpati lihat pelajar menangis dis4man kerana buka ‘facemask’ sekejap

Pemakaian pelitup mulut adalah satu kewajipan tiap kali berada di tempat ses4k dan juga ramai orang. Hal ini susulan daripada peningkatan semula kes positif pendem1k Covid-19 di negara.

Susulan daripada itu, pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan dan mengenakan k0mpaun sebanyak RM1,000 kepada mereka yang ingkar.

Namun begitu, ada sesetengah pihak berasa tidak wajar pihak berkuasa mengenakan k0mpaun secara serta-merta kepada mereka yang masih memakai pelitup mulut namun membuka sedikit bagi bernafas dengan lebih selesa.

Hal ini tuIar di Twitter selepas satu rakaman lap0ran berita televisyen menunjukkan seorang remaja menangis selepas dikenakan k0mpaun hanya kerana meletakkan sekejap pelitup mulut di bawah hidung.

Disebabkan itu, warganet mulai menzahirkan rasa kurang senang dengan perkara tersebut kerana mereka mendakwa ada juga orang kenamaan yang tidak mengikut arahan yang dikeluarkan namun tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Sehubungan dengan perkara tersebut, rata-rata warganet menyatakan rasa kasihan melihat situasi yang berlaku lebih-lebih lagi remaja itu merupakan seorang pelajar dan masih memakai pelitup mulut walaupun membukanya sebentar kerana berasa kurang selesa dengan kondisi pelitup yang dipakai.

Mereka memohon agar pihak berkenaan berlaku adil dalam mengenakan k0mpaun dan mempunyai sedikit budi bicara dalam menangani masalah ini kerana semua pihak sedang sama-sama mengharungi pendem1k yang berlaku.

Sumber: Syafaatnasir, Abamihsan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Rotikaya

 

Be the first to comment on "Netizen simpati lihat pelajar menangis dis4man kerana buka ‘facemask’ sekejap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*