“Wanita Kena Cerewet Pilih Pasangan, Bukan Main Remb4t Je”

Bakal memasuki usia 40 tahun tidak lama lagi, Dayang Nurfaizah akui dia bersifat cerewet dalam soal memilih pasangan hidup. Akui terlalu sibuk dengan kerjaya membuatkan dirinya masih belum berpunya.

Tidak tertekan mengenai soal jodoh, Dayang berkata sebagai wanita mereka sepatutnya bersikap cerewet dalam soal memilih teman hidup kerana soal perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat main dan tiada siapa inginkan perpisahan.

“Saya cerewet bukan sahaja soal kerja, malah mencari pasangan hidup pun sama. Setiap wanita harus fikir begitu dalam memilih teman hidup. Ini bukan perkara main-main kerana jika boleh, kahwin hanya sekali dan dijauhkan perpisahan.

“Kita harus pilih pasangan yang betul dan serasi. Nak bina masjid dan hidup sem4ti semestinya kena fikir sedalam-dalamnya, bukan main rembat sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Dayang berkata dia mencari lelaki bujang dan tidak dimiliki oleh sesiapa. Dayang turut meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya dalam soal jodoh.

“Saya masih solo dan belum ada teman istimewa. Doakan saya. Apa yang pasti, saya mencari lelaki bujang, lebih tepat bukan kepunyaan sesiapa,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Rotikaya

 

Be the first to comment on "“Wanita Kena Cerewet Pilih Pasangan, Bukan Main Remb4t Je”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*