Dipanggil Bod0h Sebab Pakai Turtle Neck Bercuti Di Langkawi, Ini Jawapan Padu Eina Azman!

Pelakon Datin Eina Azman dilabel bod0h oleh seorang netizen hanya kerana memakai pakaian ‘turtle neck’ ketika bercuti di Langkawi. 
 
Menerusi laman sosial Instagram, Eina memuat naik beberapa keping foto bersantai di atas kapal layar untuk tatapan umum. 
 
Menurut netizen tersebut, pakaian ‘turtle neck’ tersebut tidak sesuai dipakai kerana cuaca panas terik.

View this post on Instagram

🤍🤍🤍

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

“Stup1d outfit. Datin tak sesuai panas terik macam tu pakai turtle neck,” tulis netizen terbabit di ruangan komen. 

Tidak berdiam diri, Eina membalas komen tersebut dengan memberikan alasan yang kukuh tentang pemakaiannya ketika bercuti. 
 
“Ia tidak bodoh, turtle neck yang saya pakai nipis dan saya taknak hitam macam hati awak tu. 
 
“Langkawi tu panas sebab tu saya pakai macam tu. Nasib baik saya pakai turtle neck, kalau pakai bik1ni? Awaklah antara orang yang akan kec4m kan,” balas Eina.
 
Penampilan Eina yang mengenakan skirt berwarna putih itu turut mengundang pelbagai pujian pengikutnya. 

“Cantiknya! Sama padan. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah,” komen seorang wargamaya.
 
“Cantik foto datin! Tempatnya pun cantik,” kata seorang wargamaya.
 
“Pandai datin jaga dato, nampak dari perutnya. Pandai dato jaga datin, nampak dari badannya jugak,” puji seorang wargamaya.
 
“Suka la tengok pakaian datin ni,” ujar seorang wargamaya lagi. 
 
Sekadar info, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014.
 
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang anak kembar, Karl Kareed dan Arianna Aubrey pada 19 Februari 2016.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Genpak

 

Be the first to comment on "Dipanggil Bod0h Sebab Pakai Turtle Neck Bercuti Di Langkawi, Ini Jawapan Padu Eina Azman!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*