Memey Suhaiza ‘hint’ Norman Hakim, luah hasrat tambah tiga anak sebelum umur 40 tahun

SEBELUM memasuki usia 40 tahun iaitu lapan tahun lagi, pelakon Memey Suhaiza memberitahu dia meletakkan sasaran untuk menimang tiga lagi cahaya mata.

Menerusi Instagram, isteri kepada pelakon Norman Hakim ini berkata dia sedang berusaha menambah zvriat dan berharap dikurniakan rezeki berkenaan.

“Tiga orang (anak terkini)… mommy target nak tambah tiga lagi sebelum umur 40 tahun. Kita merancang semuanya dengan izin Allah kan?

“Sesiapa yang tengah merancang dan berusaha juga, mommy doakan semoga sama-sama doa kita dimakbulkan,” katanya.

Memey atau nama sebenar Suhaiza Suhaimi, 32, mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 24 September 2011.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 5, serta Mikayla Delisha Hakim, 2 tahun.

Perkongsian Memey itu turut menarik perhatian pengikut termasuklah suaminya yang meninggalkan komen terkejvt dengan kapsyen yang ditulis itu.

Keluarga bahagia… Norman Hakim dan Memey bersama tiga anak mereka.

“Alamak dia dah bagi hint laa,” tulis Norman.

Pada awal Mei lalu, Norman menafikan dakw4an isterinya kini sedang berbadan dua ekoran satu posting yang dimuat naik di Instagram yang memberitahu Memey mengidam makanan Jepun.

Kata Norman, status ‘mengidam’ tersebut tidak ada kaitan dengan perkhabaran baharu mengenai zvriat mereka.

Perkongsian status itu mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen yang menyangkakan pasangan itu bakal menerima kehadiran cahaya mata baharu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "Memey Suhaiza ‘hint’ Norman Hakim, luah hasrat tambah tiga anak sebelum umur 40 tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*