Ingatkan aniaya haiwan, rupa-rupanya hanya bergurau! Dafi mohon maaf

PENYANYI Dafi memohon maaf kepada seorang pemilik akaun laman sosial Facebook selepas meminta peminatnya membuat lap0ran terhadap sebuah video yang memperlihatkan pender4an terhadap haiwan.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 32, berkata, video yang dirakam sekadar gurauan dan suka-suka itu telah menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen terutamanya pencinta haiwan seperti dirinya.

“Saya ni sejenis aktivis haiwan dalam diam. Ada satu video tu saya tengok di salah satu page tentang animal rights. Selalunya video-video yang dikongsikan di page seperti ini mesti berkaitan pengan1ayaan terhadap haiwan dan sebagainya.

“Jadi, saya sak1t hati la dan tak suka. Saya pun tak sanggup nak tengok, cuma tengok sipi-sipi saja. Saya tengok dia main dengan anjing tu guna kaki. Nampak seolah-olah anjing tu kena pijak. ” katanya.

Dafi memohon maaf terhadap seorang pengguna laman sosial.

Kata Dafi, perkara itu membuatkan dia mar4h dan tidak berfikir panjang untuk berkongsi di media sosial tanpa melihat video penuh terlebih dahulu.

Bagaimanapun, selepas beberapa jam perkongsian tersebut dibuat, dia menerima banyak komen netizen yang menjelaskan hal sebenar bahawa pemilik anjing itu sering bergvrau k4sar dengan haiwan peliharaannya.

“Rupa-rupanya benda tu tak betul. Bukan pengan1ayaan pun, tuan punya anjing tu memang bergvrau begitu dengan anjing dia.

“Katanya, pengguna yang muat naik video tu memang suka tr0ll orang. Bila berdepan dengan pengguna media sosial yang suka tr0ll ni, kapsyen mereka biasanya memang akan trigger pembaca,” ujarnya.

Bagaimanapun, video tersebut sudah dipadam daripada halaman itu setelah dilap0r oleh pengguna-pengguna Facebook

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "Ingatkan aniaya haiwan, rupa-rupanya hanya bergurau! Dafi mohon maaf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*