Ben Amir harap bakal suami Mira Filzah izin berlakon – “Kami ada chemistry yang baik

SELEPAS kejayaan drama Sweet Dreams, pelakon Ben Amir mengakui popularitinya sedikit menurun berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di Malaysia.

Menurut Ben, sebagai anak seni dia menyedari akan ada turun naik dan kini sedang mempersiapkan diri untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.

“Alhamdulillah selepas kejayaan tahun lepas… graf naik tapi sebab PKP, jatvh sikit. Tapi tak apa sebab sebagai pelakon ada turun naik… namun apabila dah jatuh kena naik balik.

“Sekarang ni masa untuk pemulihan selepas enam bulan tak berlakon, ” katanya ketika ditemui semasa majlis tayangan perdana filem Aku, Bunga.

Sementara itu, Ben turut gembira apabila mengetahui pelakon gandingannya dalam drama Sweet Dreams iaitu Mira Filzah akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

“Saya seronok dia nak kahwin, harap lepas ni dapat berlakon lagi dan suami izinkan… saya selesa berlakon dengan dia.

“Tentang jodoh? Saya lambat lagi… dalam dua, tiga tahun lagi. Bagi betul-betul stabil, calon pun tak ada. Tengah kenal-kenal, ” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "Ben Amir harap bakal suami Mira Filzah izin berlakon – “Kami ada chemistry yang baik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*