“Semua Mereka Buat Asalkan…” – Aliff Syukri Puji Abby Abadi & Suami

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memuji semangat pelakon Abby Abadi dan suaminya, Faizal Zakaria  dalam urusan kerja.

Aliff yang pernah bekerjasama dengan Abby dan Faizal menerusi beberapa projek sebelum ini turut memuji kejujuran pasangan itu.

“Nantikan projek terbaru kami, Alhamdulillah bukan senang nak jumpa orang boleh buat kerja dengan jujur, saya senang betul kerja dengan @jaiezzany dan @abby_abadi112, kalau saya bagi job semua settle dengan jayanya, ikut dateline,” tulis Aliff di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Aliff juga memuji Abby dan suaminya yang pandai menguruskan pelbagai jenis pekerjaan.

“Saya salute semangat mereka cari duit, semua mereka buat asalkan halal dan berkat.

“Sekarang tengah bincang nak bagi job baru, so kalau korang nak buat CCTV, playground, seni bina boleh cari mereka ni okay!” tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata wargamaya meninggalkan respon positif selepas membaca perkongsian itu.

Pada masa yang sama, ramai ada juga yang mengucapkan tahniah kepada Abby dan suami.

View this post on Instagram

Nantikan new projek kami💪🏻💪🏻Alhamdulillah bukan senang nak jumpa orang yg boleh buat kerja dgn jujur…saya senang betul kerja dengan @jaiezzany dan @abby_abadi112 ….kalau saya bg job semua settle dgn jayanya,ikut dateline…saya salute juga semangat mereka cari duit…semua mereka buat asalkan halal dan berkat…Alhamdulillah byk job di @sugehhillresortjandabaik ni saya pass pada mereka semu menjadi…ni tgh discuss nak bagi job baru…so korang kalau nak buat CCTV,playground,senibina boleh cari mereka ni ok!!

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "“Semua Mereka Buat Asalkan…” – Aliff Syukri Puji Abby Abadi & Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*