PU Abu Dedah Kisah Sebenar

MESKIPUN dihimpit kontr0versi rumah tangga sehingga menerima kec4man teruk daripada netizen, namun Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan tetap positif dan menganggap banyak hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Bukan sahaja di pihak PU Abu, malah kenyataan daripada bekas isteri, Ain ‘Afini Latif dan Hana Azraa turut dsiarkan.

 PU Abu tampil secara eksklusif untuk bercerita kembali mengenai insiden dia ‘dikejar’ wartawan dan jurukameraserta perkembangan terbaharunya.

VIDEO :

Hana Azraa Dedah PU Abu Sudah Rujuk Dengan Isteri Pertama

Meskipun bukan bergelar selebriti, namun nama usahawan Hana Azraa dikenali ramai dek kerana kontroversi rumah tangganya dengan Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan. Terdahulu, Hana mengesahkan sudah pun berpisah dengan PU Abu beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, terbaru Hana mendedahkan bekas suaminya itu sudah pun rujuk kembali dengan isteri pertamanya, Ain Afini. Malah, Hana berkata mereka berdua sudah pun rujuk semula selepas dua minggu dia dan PU Abu berkahwin.

Hana memuat naik pengakuan itu berikutan tindakan PU Abu berkongsikan ucapan hari lahir buat anaknya bersama Ain Afini dimana pendakwah itu turut menitipkan nama anaknya bersama Hana.

Jelas Hana, pendedahan itu juga bertujuan kerana enggan dikaitkan lagi dengan bekas suaminya kecuali demi anak lelaki mereka, Muhammad Uwais Al-Mateen.

Dalam perkongsian berkenaan, PU Abu menyatakan anak pertamanya itu akan disayangi oleh semua orang termasuk adik tirinya yang kini berusia empat bulan.

Sedar perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen, PU Abu memuat naik kenyataan meminta orang ramai tidak membandingkan kedua-dua anaknya itu.

Malah, PU Abu turut bertanyakan apa yang dimahukan oleh netizen kerana jika dia tidak memuat naik perkongsian tentang anak ramai yang mengatakan dia tidak sayang anak, tetapi jika dia berkongsikan ramai yang mempertikaikan tindakannya.

Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Uwais Al-Mateen. Namun, pada April lalu, Hana menegaskan bahawa dia dan PU Abu bukan lagi suami isteri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Mstar, Rotikaya

 

Be the first to comment on "PU Abu Dedah Kisah Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*