Netizen Minta Sekatan Antara Negeri Dibuat Semula, Bimbang Mutasi COVlD-19 ‘Super Spre4der’

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa vi1rus COVID-19 dengan mutasi D614G sah telah dikesan di negara ini.

Menurutnya, mutasi itu memiliki 10 kali lebih kebolehjangkitan dan mudah mereb4k sekiranya disebarkan oleh individu super spreader.

Susulan itu, netizen di media sosial mula menyuarakan kebimbangan mereka.

Rata-ratanya meminta agar kerajaan mempertimbangkan semula langkah untuk kembali meletakkan Kedah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana peningkatan semula angka jangkitan di negara ini bermula daripada penularan di negeri tersebut.

Selain itu, mereka turut saling menasihatkan agar orang ramai kekal mematuhi penjarakkan sosial, memakai pelitup muka di tempat awam dan tidak keluar rumah sekiranya bergejala.

Meskipun Dr. Noor Hisham sendiri mengatakan bahawa keadaan masih terkawal, namun orang ramai diminta sentiasa berwaspa dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi segala perintah ditetapkan kerajaan.

Jangan lupa, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula jika kes jangk1itan mula kembali mencecah tiga angka.

10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain.

Begitulah gambarannya mengenai mutasi jenis D614G yang ditemui dalam tiga kes daripada Kluster pesaki1t bawah siasatan (PUI) Sivagangga dan juga satu kes daripada Kluster Ulu Tiram.

Ia dikesan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) selepas mereka menjalankan ujian pengasingan dan kultur terhadap dua kluster berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini bermakna masyarakat perlu berwaspada dan lebih berhati-hati kerana virus Covi1d-19 dengan mutasi D614G ini telah terbukti dikesan di Malaysia.

“Ia didapati 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu super spreader.

“Setakat ini kedua-dua kluster ini didapati agak terkawal hasil tindakan kawalan kesihatan awam yang pantas. Ujian awal ini dan beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji beberapa kes yang lain, termasuk bagi kes indeks bagi kedua-dua kluster ini, ” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook beliau, Ahad.

Mengulas lanjut, katanya mutasi D614G ini ditemui saintis pada Julai 2020 dan berkemungkinan akan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak merangkumi atau tidak berkesan terhadap mutasi ini.

Oleh itu, Dr Noor Hisham menyeru agar semua kekal mengaplikasikan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam iaitu berdisiplin dalam mengamalkan sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu penjarakan fizikal, pengamalan kebersihan kendiri dan memakai pelitup muka.

“Situasi terkini Cov1id-19 didapati masih terkawal dan Kementerian Kesihatan serta agensi lain masih berusaha membendung penul4ran Cov1d-19.

“Kerjasama masyarakat amat diperlukan agar dapat kita sama-sama memutuskan penularan jangkitan Covid-19 daripada segala jenis mutasi sekalipun, ” jelasnya. – BERNAMA

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : LObakMerah, http://transformasi.pw/

 

Be the first to comment on "Netizen Minta Sekatan Antara Negeri Dibuat Semula, Bimbang Mutasi COVlD-19 ‘Super Spre4der’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*