Isteri Bergelar Datin Hilang 10 Hari Cetus Persoalan. Lebih Misteri Kereta Ditemui Tetapi Ada Kesan Ini

Seorang suri rumah dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Bandar Botanik, Klang, pada 9 Ogos lalu.

Dikatakan wanita itu, Datin Eevon Ang, 30, disedari hilang selepas tidak pulang ke rumahnya pada hari kejadian.

Menurut suaminya, Datuk Patrick Yee, isterinya keluar dari rumah dengan memandu Peugeot berwarna putih.

” Dia tidak memaklumkan apa-apa kepada saya mengenai destinasi dituju pada hari kejadian.

” Sebaik tiba di rumah selepas pulang bekerja, saya dimaklumkan dia sudah keluar.

” Saya ingat dia pergi ke rumah rakan, namun dia tidak pulang ke rumah hingga tengah malam.

” Saya cuba menghubunginya, namun gagal kerana telefon bimbitnya dipercayai sudah dimatikan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Patrick berkata, isterinya jarang keluar jauh dan hanya bersiar-siar di kawasan berhampiran seperti di Bandar Botanik dan Bukit Tinggi untuk hantar anak atau berjumpa rakan.

” Saya hanya membuat laporan polis berhubung kehilangan Eevon pada 13 Ogos lalu kerana menyangka dia mungkin bertemu dengan rakan.

” Namun semua rakannya memaklumkan isteri tiada menghubungi mereka.

” Malah, saya sudah mencarinya hingga ke sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, namun masih gagal mengesannya,” katanya.

Beliau berkata, hubungannya dan isteri dalam keadaan baik dan wanita itu tidak menunjukkan sebarang perubahan atau masalah sebelum hilang.

” Anak-anak juga sudah merinduinya dan bertanyakan mengenai Eevon setiap hari.

” Saya harap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lokasi isteri supaya menghubungi saya di talian 017-3516055,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita berkenaan.

Reaksi warganet, bongkar penemuan kereta ada kesan eksiden

Sementara itu menerusi ruangan komen, seorang individu mengatakan kereta Peugeot berwarna putih yang mungkin ada kaitan dengan kehilangan Datin Eevon.

” Kereta dah jumpa..bonet macam eks1iden..moga segera ditemui” tulis Putri Syafika di ruangan komen.

” Kereta dah dijumpai lorong Batu nilam bukit tinggi Klang. Ada keluar dalam paper cina.” balas Cik Kaer Fahmi di bawah komen yang sama.

Turut berkongsi di ruangan komen Cik Kaer Fahmi adalah pautan ke artikel dalam bahasa Cina berkenaan penemuan kereta tersebut.

Berikut adalah terjemahan merujuk kepada artikel itu;

” Seorang netizen memuat naik gambar sebuah kereta putih di Facebook tiga hari lalu, mendakwa bahawa kereta itu telah diparkir di Jalan 21A, Batu Ninan, Daerah Bukit Tinggi, Klang selama lebih kurang seminggu, tetapi tidak ada pemilik yang datang mengambilnya semula.

” Kereta mencurigakan yang disebut oleh netizen ini adalah kereta Peugeot berwarna putih yang dinaiki oleh pemilik sebelum kehilangannya. Plat nombor juga sepadan.

” Ketika surat khabar kami menyampaikan berita itu kepada si suami, dia mengatakan bahawa dia baru saja menerima berita tersebut dan telah menghubungi polis tempatan untuk menyiasat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://limauais.pw/

 

Be the first to comment on "Isteri Bergelar Datin Hilang 10 Hari Cetus Persoalan. Lebih Misteri Kereta Ditemui Tetapi Ada Kesan Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*