Ali Puteh Balas Sam4n Bekas Kakak Ipar – Hidayah Mengaku Ambil Tabung, Jam Tangan & RM10,000 Dari Akaun Allahyarham Suami

Pelawak Ali Puteh mengakui mengeluarkan sam4n terhadap kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Sam4an tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Sebutan kes tersebut telah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini (Rabu).

Ali ketika dihubungi Gempak berkata, dia mengambil keputusan menyam4n bekas kakak iparnya itu sebagai tindakan balas Hidayah yang mengeluarkan sam4n terhadapnya terlebih dahulu.

“Pihak mereka mengeluarkan saman terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah.

“Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.

“Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut. Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohm4h dan menjadi bahan hi1naan masyarakat,” katanya.

Menjawab dakwaan plaintif, Hidayah selaku defendan kedua mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas didakwa hasil tabungan bersama Allayarham suami dan empat utas jam tangan keluar dari rumah.

Hidayah turut mengakui mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik Allahyarham dan mendakwa telah memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anak Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kerana bimbang  direbut plaintif.

Malah Hidayah juga tidak bertanggung jawab terhadap semua kenyataan yang dibuat defendan kedua (Aliff Syukri) atau wakil atau ejennya dalam rakaman video yang tular sebelum ini.

“Kami sekeluarga hanya mahu membersihkan maruah kami yang selama ini dipijak-pijak. Sebelum ini dia (kakak ipar) kata dihalau dari rumah sehelai sepinggang tetapi hari ini dia kata tidak bertanggung jawab dengan semua kenyataan dikeluarkan menerusi video Aliff Syukri.

“Semoga kebenaran akan terjawab selepas ini. Mungkin inilah yang Allah SWT nak tunjukkan selepas kami sekeluarga bersabar sekian lama. Saya bersyukur.

“Apapun saya maafkan semua yang telah mengeluarkan kata-kata kes4t terhadap kami sekeluarga,” katanya.

Dalam sebutan kes hari ini juga, defendan kedua telah memohon agar Mahkamah menolak tuntutan plaintif dengan kos.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "Ali Puteh Balas Sam4n Bekas Kakak Ipar – Hidayah Mengaku Ambil Tabung, Jam Tangan & RM10,000 Dari Akaun Allahyarham Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*