Antara 4 Individu Ini, Siapa Waris Faraid Sebenar Arwah Abam? Ikuti penjelasan Peguam Ini

Nampaknya kemelut antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah yang berpanjangan sehingga dibawa ke mahkamah.

Pada Rabu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, bertindak memfailkan sam4n balas terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Ali mengambil tindakan tersebut selepas mendapatkan nasihat daripada peguamnya berikutan balu kepada Allahyarham Abam Bocey itu terlebih dahulu memfailkan sam4n terhadap dia dan keluarganya.

Sam4n tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Berikut Posting dari TN KA sebgai perkongsian kita bersama

Assalamualaikum semua,

Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk campur tangan isu keluarga sesaorang, tetapi kerana saya berada dalam bidang pewarisan dan telah membantu menyelesaikan banyak kes kes pusaka, ramai yang

bertanya kepada saya untuk mendapat pandangan dan analisa akan perkara yang berlaku dan telah tersebar di media social.

Saya akan beri pandangan saya dari sudut professional berdasarkan maklumat saya dapat dari apa yang ada di media dan yang telah menjadi pengetahuan umum.

SIAPAKAH WARIS FARAID ARWAH ABAM?

1. Ayahnya (Syed Mohd Redzuan yang diberitakan masih lagi hidup) Hak Faraid 4/24

2. Ibunya (Rosbiah Arshad) hak Faraid 4/24

3. Isterinya (Siti Nurhidayah Mohd Ali) 3/24

4. Anaknya (Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey) bakinya sebagai Assobah Binafsih 13/24. Hak nya akan dijaga oleh penjaganya. Untuk kes ini Ibunya berhak menjadi penjaga.

APAKAH TANGGUNG JAWAB WARIS ARWAH ABAM?

1. Jika ada sebarang harta yang telah dihadiahkan (Hibah) oleh arwah dengan cukup syarat dan rukunnya, keluarkan harta tersebut dari pengiraan Pusaka.

2. Jika ada sebarang harta yang Arwah pegang sebagai pemegang amanah bagi pihak sesiapa, keluarkan bahagian yang dipegang amanah dari pengiraan Pusaka

3. Jika ada sebarang kos pengkebumian, boleh diambil dari harta tunai ynag ditinggalkan seperti duit tunai dalam dompet, duit yang sempat dikeluarkan dari ATM dll. Dan sekiranya ada ahli keluarga yang dahulukan pembayaran kos kebumi, boleh tuntut dari pusaka tunai arwah.

4. Jika ada sebarang hutang arwah kepada Allah seperti Zakat, Fidyah, Haji, waris boleh gunakan pusaka tunai arwah untuk lunaskan.

5. Jika ada sebaran hutang arwah kepada manusia atau kerajaan, waris uruskan untuk membayarnya mengunakan harta yang ditinggalkan (Rujuk Surah An Nisa ayat 11-12)

6. Jika ada isteri yang sah, Si isteri boleh menuntut 3 perkara

a. Nafkah sara hidup semasa iddah atau sebaiknya selama 12 bulan ( Rujuk Surah Al Baqarah ayat 240)

b. Peruntukan untuk tempat tinggal ( Rujuk Surah Al Baqarah ayat 240)

c. Tuntutan harta sepencarian sekiranya ada harta yang diperolehi sepanjang perkahwinan mereka

7. Jika ada sebarang wasiat yang dibuat oleh arwah kepada bukan waris atau untuk tujuan kebajikan dan nilainya tidak melebihi 1/3 dari harta yang ditinggalkan, maka wajib waris laksanakan ( rujuk Surah An Nisa ayat 11 dan 12)

HAK WARIS

Setelah dilaksanakan 7 perkara di atas, barulah bakinya menjadi hak waris faraid. Waris-waris ini setelah tahu berapa kadar hak faraid mereka dan nilai pusaka yang ditinggalkan, mereka boleh bermuafakat ( At

Taharuj). Ada 4 jenis permuafakatan yang mereka boleh ambil.

1. Melepaskan hak mereka dengan redha kepada waris lain. Jika ini berlaku waris yang melepaskan hak itu seolah olah memberi sedekah akan hak mereka dan akan mendapat ganjaran pahala

2. Melepaskan hak mereka dengan menerima pampasan yang dipersetujui

3. Semua waris setuju untuk membahagikan pada kadar tertentu

4. Semua waris setuju untuk dibahagi mengikut kadar faraid

Setiap harta boleh mengikut kaedah muafakat ynag berbeza, bukan bermakna satu muafakat terpakai untuk semua harta. CARA TERBAIK MENYELESAIKAN ISU PUSAKA

1. Jemput pihak ketiga yang pakar dalam menyelasaikan isu pusaka. Tindakan sendiri dari pihak waris, lebih lebih lagi dengan pengaruh emosi dan bertindak tanpa kefahaman yang tepat tentang faraid dan proses urus pusaka akan mengeruhkan keadaan.

2. Mulakan proses urus pusaka di tempat yang sepatutnya, sebaik baiknya dengan bantuan pakar. Membuat kenyataan di media social dan tindakan sam4n menyam4n tidak akan menyelesaikan masalah

3. Untuk semua yang masih hidup dan yang mempunyai keluarga, harta, Hasrat dan satu haru nanti akan mati, disarankan untuk membuat perancangan legasi yang lengkap.

ANALISA PERIBADI SAYA

Apa yang berlaku kepada urusan Pusaka arwah Abab, adalah kesilapan yang biasa berlaku dalam pengurusan pusaka masyarakat kita yang menyebabkan ketika ini ada lebih RM 80 billion harta milik orang mati

masih terbeku, ada hampir 1 juta geran tanah masih milik orang mati dan banyak kes perbalahan antara waris berlaku yang menyebabkan urusan pusaka tidak selesai

SEKIRANYA PERKHIDMATAN SAYA DIPERLUKAN UNTUK MENYELESAIKAN ISU INI, SAYA SEDIA UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN SECARA PERCUMA, INSYAALLAH

Pandangan ikhlas dari KAMARUL AZMAN. CEO Mypusaka

Pemegang tauliah berceramah dan mengajar Faraid dan Urus Pusaka dari Pejabat Mufti Negeri Sembilan ( No Ruj 02749)

sumber: Aida Mypusaka

Ilmu Faraidh ni bukan sekadar main sam4n menyaman. Ingat… Adik beradik suami terhalang oleh ANAK LELAKI… Walaupun anak itu bawah umur, walaupun ANAK LELAKI masih janin yang belum dilahirkan, dia TETAP ADA HAK faraid”Isteri ada HAK untuk uruskan harta pusaka kerana ada ANAK YATIM yang perlu ditunaikan haknya.

Berikut pula perkongsian dari Peguambela & Peguamcara ~Peguam Syarie ~Perunding Keluarga & Harta Pusaka, Roslina Sabiyah & Co.

Suami meninggal, meninggalkan ibu, isteri dan anak lelaki

Ibu dapat 1/6.

Isteri dapat 1/8.

Anak lelaki dapat baki keseluruhan.

Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki.

Walaupun anak lelaki itu bawah umur.. walaupun anak lelaki itu masih kecil.. walaupun anak itu masih janin yang belum dilahirkan.. dia tetap ada hak faraid dia. Kalau tak tau pasal harta pusaka, janganlah tunjukkan sangat kejahilan tu. Isteri ada hak untuk uruskan harta pusaka kerana ada anak yatim yang perlu ditunaikan haknya.

Selepas seseorang meninggal, adakah langsung tak boleh gunakan atau ambil harta dia walau sedikit? Adakah semuanya akan terus automatik kena faraid?

Nak urus harta pusaka ada tertib dan aturannya. Faraid itu proses yang paling akhir sekali. Sebelum sampai ke faraid kena melalui proses pentadbiran dan pengurusan harta pusaka terlebih dahulu :

1)Belanja pengebumian.

2)Selesaikan hutang2 si mati.

3)Badal haji jika belum menunaikan haji.

4)Laksanakan wasiat jika ada (wasiat kepada bukan waris).

5)Laksanakan hibah jika ada.

6)Selesaikan urusan tuntutan harta sepencarian oleh isteri terlebih dahulu

7)Kos pengurusan termasuklah perbelanjaan yang berkaitan dalam menguruskan pusaka. Dah tolak semua di atas bakinya barulah boleh difaraid.

Bahagian anak bawah umur, ibunya boleh jadi pentadbir dan pemegang amanah. Tugas pentadbir termasuklah menguruskan bahagian anak bawah umur tersebut untuk urusan belanja harian, makan minum, urusan persekolahan dan sebagainya. Tak semestinya kena tunggu 18 tahun baru boleh digunakan harta2 tu. Umur 18 tahun tu untuk proses tukarnama dari nama pentadbir kepada nama anak tu. Tapi tak bermakna pentadbir tak boleh gunakan harta tu untuk urusan pembesaran dan perbelanjaan anak tersebut.

Sesungguhnya.. Perebutan harta pusaka itu benar. Penganiayaan terhadap balu dan anak yatim itu benar.

Persengketaan dan salah faham tentang harta pusaka itu benar.

Kejahilan tentang faraid dan harta pusaka itu benar.

Campurtangan dari waris2 yang tidak berkenaan itu juga benar.

Kita tidak akan faham jika kita sendiri tidak melaluinya. Maka jangan tunggu nak terhantuk baru nak tergadah. Belajarlah dan ambillah pengajaran dari pengalaman orang lain.

“Sesungguhnya orang2 yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)” (Surah An-Nisa : ayat 10)

Saya tidak menyesal – Ali Puteh

“Saya tidak menyesal” itu kenyataan Ali Puteh ketika diminta mengulas tindakannya menfailkan sam4n terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 31, memberitahu, apa yang dilakukan ini dilihat sebagai satu tindakan yang betul dalam mengembalikan maruah keluarganya.

“Selepas abang saya pergi hanya saya satu-satunya lelaki dalam keluarga. Hati anak mana yang tidak sedih melihat ibunya dikecam dengan pelbagai kata-kata tidak benar.

“Apa yang saya buat ini demi keluarga dan tanggungjawab saya kepada ibu. Jadi saya akan tetap teruskan sam4n seperti yang sudah dinasihatkan peguam saya,” katanya kepada Utusan Malaysia sebentar tadi.

Sementara itu, Ali juga memberitahu laman sosialnya kini juga dibanjiri pesanan netizen yang ingin meminta maaf.

“Yang masih mengecam itu saya anggap mereka tidak faham hukum faraid. Selalunya yang mengecam ni budak-budak. Sudah saya terangkan saya tidak mahupun harta arwah saya tahu hukum.

“Tapi sebenarnya lebih ramai yang meninggalkan pesanan minta maaf di laman sosial saya. Selama ini tidak tahu apa-apa. Jujurnya saya juga malu dengan apa yang berlaku.

“Dalam soal ini sebagai seorang anak adik dan pak cik, perlu saya lakukan sesuatu. Bukan saya tidak tengok wajah anak buah saya itulah satu-satunya waris abang saya,” katanya.

Sebelum ini Ali memaklumkan dia menerima surat sam4n daripada Hidayah bermula 26 Februari lalu. Sam4n itu berkaitan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

“Aku xde masalah ngn ali atau dayah ni , dgn kuasa allah kes ni akan terungkai , yg aku geram kat netizen ni maki melampau mcm 100% dia betul , betul la apa benda yg paling tajam dlm dunia ni adalah lidah , harap dpt bersabar bg dua2 belah pihak” tulis seorang netizan

“Ada cara lebih baik untuk berdamai” – Achey

Dalam pada itu Achey berharap kemelut tersebut berakhir dengan baik kerana bimbang akan memberi kesan kepada anak arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia setahun.

Ali memfailkan sam4n balas terhadap kakak iparnya.

“Apa yang berlaku ini boleh dijadikan iktibar kepada orang lain dan juga diri saya sendiri. Tidak mustahil perkara itu boleh terjadi kepada diri kita sendiri. Saya dan keluarga pun kena ambil iktibar.

“Kalau terjadi kepada saya, mungkin boleh selesaikan dengan berdamai supaya semua pihak mendapat keadilan. Apa-apa pun saya berharap kemelut ini berakhir dengan baik.

“Sebab anak itu (anak arwah Abam) akan membesar. Kita tak nak nanti dia ada sifat menyalahkan semua pihak. Kita nak dia membesar mengenali semua keluarganya dengan baik, ” ujarnya

“Siapa la saya dan Fad untuk mencampuri urusan mereka” – Achey Sedih, Harap Kemelut Keluarga Arwah Abam Diselesaikan Cara Baik

Nampaknya kemelut dan persengketaan tentang kelaurga arwah Abam masih lagi belum berpenghujung, berikutan dengan kes sam4n menyaman antara Ali Puteh dan Nor Hidayah ini, anggota kumpulan Bocey, Achey akui begitu sedih dengan kemelut antara mereka yang berlarutan sampai dibawa ke mahkamah.

Namun begitu, Achey menjelaskan kepada mStar Online bahawa dirinya tidak memihak kepada sesiapa malah isu itu boleh diselesaikan dengan cara yang baik.

Siapa la saya dan Fad untuk mencampuri urusan mereka yang mereka rasa lebih baik teruskan dengan cara begitu (failkan sam4an). Tapi pada kami, perkara itu boleh diselesaikan dengan cara senyap-senyap”

Tambahnya lagi, ia boleh diselesaikan secara berdamai agar tidak memberikan kesan kepada orang lain.

Sebagai seorang sahabat dengan arwah, Achey begitu mengharap agar persengketaan antara mereka berakhir dengan baik kerana bimbang memberi kesan kepada anak arwah Abam, Syed Uthman Hamzah AL-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.

“Anak itu akan membesar. Kita tak ank nanti dia ada sifat menyalahkan semua pihak. Kita nak dia membesar mengenali semua keluarganya dengan baik.”

Rabu lepas, Ali bertindak memfailkan sam4n kepada kakak iparnya dan Datuk Aliff Syukri selepas mendapatkan nasihat daripada penguamnya berikutan balu kepada arwah Abam itu terlebih dahulu ada filkan sam4n terhadap dia dan keluarga.

Lobakmerah

Susulan kes berbalas sam4n antara Nor Hidayah, Ali Puteh

“BERKAT kesabaran saya, akhirnya, dia mengaku.”

Itu penjelasan pelawak, Ali Puteh ketika dihubungi dan diminta mengulas mengenai sam4n yang difailkan terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali yang juga balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, berkata, dia menerima maklum balas daripada Hidayah semalam, yang juga hari terakhir untuk kakak iparnya itu menjawab sam4n yang difailkan selepas Aidiladha lalu.

“Semalam adalah hari terakhir untuk pihak Hidayah memberikan maklum balas.

“Sebelum ini, mungkin ramai yang tak tahu dia pernah memfailkan sam4n terhadap saya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

“Sam4n yang dibuat oleh Hidayah itu antaranya menuduh saya mengambil harta abang saya dan harta anak yatim.

“Jadi, selepas berdiam diri selama beberapa bulan, dah tiba masanya untuk saya pula mengatur langkah demi membersihkan nama keluarga,” katanya kepada Harian Metro.

Diminta berkongsi lebih lanjut mengenai sam4n yang difailkan Hidayah sebelum ini, Ali berkata, dia ada menerima beberapa surat sam4n bermula sejak 16 hari selepas Allahyarham Abam meninggal dunia.

“Arwah abang saya meninggal pada 10 Februari dan pada 26 Februari pula, saya menerima surat sam4n pertama.

“Pada ketika itu, kami mengadakan majlis tahlil untuk arwah.

“Saya nak bersuara, tapi mak melarang. Katanya, abang baru saja meninggal dunia. Jadi, saya akur dengan permintaan mak saya.

“Selepas dua ke tiga bulan kemudian, bertalu-talu surat sam4n daripadanya sampai ke rumah dan pada ketika itu, terdetik dalam hati saya yang dia memang benar-benar nak ke mahkamah.

“Jadi, saya pun berbincang dengan peguam saya,” katanya.

Menurut Ali, antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

“Ada satu tuduhannya mengatakan bahawa saya mengambil wang abang saya dari dalam rumah dan mengambil jam-jam tangan.

“Itu adalah tuduhan yang tak berasas dan bersifat fitn4h,” katanya.

Berkongsi mengenai pengakuan yang dibuat oleh Hidayah menerusi peguamnya, dia mengaku mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank Abam dan mengambil empat jam tangan milik arwah.

“Sebelum ini, dia pernah keluarkan kenyataan kononnya dia dihalau dari rumah sehelai sepinggang dan keluarga kami merebut semua wang milik arwah abang saya.

“Jadi, bila saya nak uruskan urusan faraid, pihak bank memaklumkan mengenai wang RM10,000 yang dikeluarkan.

“Di situ, saya dah ada satu bukti dan akhirnya, dia sendiri yang mengaku mengambil wang itu untuk dipindahkan ke akaun anaknya dan juga mengambil jam tangan berjenama milik arwah,” katanya.

Tambah Ali, tidak menjadi masalah sekiranya Hidayah mengaku dari awal mengenai pengeluaran wang yang dibuatnya.

“Dalam faraid itu, memang sah-sah ada bahagian untuk dia dan anak. Buat apa, saya nak ambil sedangkan bukan ada hak saya pun.

“Lagi satu, kalau dia maklumkan yang dia ada buat pengeluaran, semuanya boleh disusun semula mengikut bahagian masing-masing.

“Bayangkan, abang saya meninggal dunia dan dikebumikan selepas Maghrib dan pada tengah hari keesokan harinya, RM10,000 dah dipindah keluar dari akaun sedangkan kami sekeluarga masih berada di rumah.

“Alasannya, takut kami rebut wang yang ada dalam akaun itu. Saya ada duit sendiri dan tak mahu pun wang arwah abang saya,” katanya.

Menutup perbualan, Ali tidak berniat untuk membuka a1ib, sebaliknya membersihkan namanya dan keluarga selepas dikecam masyarakat.

“Dia berniaga cempedak goreng, dia beritahu media. Saya pasang batu nisan kat kubur abang saya pun, dijadikan isu.

“Bila dia mengaku, kenapa tak dihebahkan pula kan?

“Saya nak bersihkan nama saya dan keluarga kerana isu-isu macam inilah nama kami sekeluarga terpalit kontroversi,” katanya.

Terdahulu, sebutan kes sam4n difailkan Ali terhadap Hidayah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Sam4n itu dikeluarkan Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya, Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung, Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga).

Sementara itu, Hidayah ketika dihubungi menjelaskan dia sibuk berniaga.

“Alhamdulillah, saya sihat. Cuma sibuk sikit berniaga.

“Mengenai perkara itu, buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar,” katanya.

Abam dan Hidayah diijabkalbulkan pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.

HM

Ali Puteh Balas Sam4n Bekas Kakak Ipar – Hidayah Mngaku Ambil Tabung, Jam Tangan & RM10,000 Dari Akaun Allahyarham Suami

Pelawak Ali Puteh mengakui mengeluarkan sam4n terhadap kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Sam4n tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Sebutan kes tersebut telah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini (Rabu).

Ali ketika dihubungi Gempak berkata, dia mengambil keputusan menyaman bekas kakak iparnya itu sebagai tindakan balas Hidayah yang mengeluarkan sam4n terhadapnya terlebih dahulu.

“Pihak mereka mengeluarkan sam4n terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah.

“Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.

“Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut. Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohmah dan menjadi bahan hinaan masyarakat,” katanya.

Menjawab dakwaan plaintif, Hidayah selaku defendan kedua mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas didakwa hasil tabungan bersama Allayarham suami dan empat utas jam tangan keluar dari rumah.

Hidayah turut mengakui mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik Allahyarham dan mendakwa telah memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anak Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kerana bimbang direbut plaintif.

Malah Hidayah juga tidak bertanggung jawab terhadap semua kenyataan yang dibuat defendan kedua (Aliff Syukri) atau wakil atau ejennya dalam rakaman video yang tular sebelum ini.

“Kami sekeluarga hanya mahu membersihkan maruah kami yang selama ini dipij4k-pij4k. Sebelum ini dia (kakak ipar) kata dihalau dari rumah sehelai sepinggang tetapi hari ini dia kata tidak bertanggung jawab dengan semua kenyataan dikeluarkan menerusi video Aliff Syukri.

“Semoga kebenaran akan terjawab selepas ini. Mungkin inilah yang Allah SWT nak tunjukkan selepas kami sekeluarga bersabar sekian lama. Saya bersyukur.

p/s: Apa yang terjadi antara mereka berdua itu boleh diambil sebagai pengajaran kerana beranggapan mungkin ia boleh berlaku kepada diri kita serta keluarga.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : 

 

Be the first to comment on "Antara 4 Individu Ini, Siapa Waris Faraid Sebenar Arwah Abam? Ikuti penjelasan Peguam Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*