Rupanya Bini Orang! Identiti Kekasih Baru Brad Pitt Terb0ngkar

Kekasih baru Brad Pitt, Nicole Poturalski, dilaporkan masih isteri kepada seorang ahli perniagaan dan pemilik restoran di Jerman.

Menurut laporan dari Pagesix, model berusia 27 tahun itu telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Jerman yang terkenal, Roland Mary, selama lapan tahun.

Dari hubungannya dengan ahli perniagaan berusia 68 tahun itu, Poturalski mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun. Namun mengejutkan, Mary dilaporkan tidak membantah keputusan isterinya untuk menjalinkan hubungan dengan Brad Pitt.

Dipetik dari Dailymail, hubungan antara Brad Pitt dan model kelahiran Poland itu terungkap setelah keduanya ditangkap bercuti bersama di Paris minggu lalu. Pada masa itu, kedua-duanya dilihat di lapangan terbang Charles de Gaulle, Paris, kemudian menuju ke kediaman milik Brad Pitt dan Angelina Jolie di selatan Perancis.

Pasangan ini diduga bercinta sejak sembilan bulan lalu dengan bukti foto mereka menikmati bersama konsert Kanye West di Hollywood Bowl pada November 2019.

 

Brad Pitt sendiri telah berpisah dengan Angelina Jolie sejak September 2016, setelah menjalin hubungan selama hampir 12 tahun. Kedua-duanya berkahwin pada tahun 2014 dan bercerai secara sah pada bulan April 2019.

Semasa bersama, pasangan ini mempunyai enam orang anak, iaitu Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, dan kembar Knox dan Vivienne.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : murai.my

 

Be the first to comment on "Rupanya Bini Orang! Identiti Kekasih Baru Brad Pitt Terb0ngkar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*