Siang jadi penguat kuasa terkam per4gut. Ini pekerjaan dia pada waktu malam

Tindakan pantas anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Shazrin Hafeez yang berjaya menangkap per4gut di Taman Mount Austin, Johor Bahru tengahari semalam mendapat pujian ramai.

Menerusi ruangan komen di Facebook Harian Metro, rata-rata warganet menyifatkan pemuda berusia 26 tahun itu ibarat hero yang muncul tepat pada masanya ketika kejadian membabitkan seorang wanita.

Perkongsian foto melalui Facebook Firdaus Hazim menyaksikan pegawai MBJB itu menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan iaitu berniaga burger pada waktu malam. Posting tersebut juga mendapat perkongsian ramai sebagai tanda sokongan perniagaan tersebut dan mereka berterima kasih kepadanya kerana telah menyelamatkan seorang wanita dari menjadi m4ngsa r4gut.

Menurut perkongsian tersebut lagi, pegawai MBJB yang bernama Shazrin Hafeez itu mempunyai ilmu mempertahankan diri dalam seni taekwondo.Pada waktu pagi dia berkhidmat di MBJB manakala di sebelah malam pula berniaga burger di Jalan Anggerik 39 di Johor Jaya, Johor.

Kurus je tapi ‘power’

Namun siapa sangka walaupun memikul tugas di siang hari, anggota penguat kuasa itu juga melakukan perniagaan menjual burger pada waktu malam.

Berikutan kejadian tular itu, terdapat beberapa individu yang menyeru penduduk sekitar Taman Johor Jaya supaya memberikan sokongan kepada perniagaan Shazrin.

Inilah dia wira kita

Ada gerai burger di Jalan Anggerik

Kawan dari sekolah rendah, ada taekwondo

Terdahulu menerusi laporan Harian Metro, dia sedang menjalankan tugas memeriksa petak tempat letak kereta berkupon berdekatan lokasi kejadian sebelum terdengar jeritan wanita meminta pertolongan.

Bagaimanapun, dia nafi melakukan ‘flying ki1ck’ seperti kelihatan dalam video yang tular itu sebaliknya terus berlari ke arah per4gut dan terkam sehingga terjatuh.

“SAYA tidak fikir langsung apa akan terjadi, saya tidak kisah asalkan pada waktu itu dapat tangkap per4gut,” kata Shazrin Hafeez Fadzlan.

Shazrin Hafeez, 26, adalah anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang menjadi hero dalam kejadian kes r4gut membabitkan seorang wanita di kawasan rumah kedai di Taman Mount Austin, Johor Bahru, hari ini.

Katanya, dalam kejadian 1 tengah hari itu, dia sedang menjalankan tugas memeriksa petak tempat letak kereta berkupon berdekatan lokasi kejadian.

“Saya terdengar jeritan minta tolong seorang wanita dan pada masa sama, ternampak per4gut terjatuh dari motosikal selepas mer4gut wanita terbabit.

“Saya tidak melakukan ‘flying ki1ck’ seperti kelihatan dalam video tular itu. Sebaliknya, saya terus berlari ke arah per4gut dan terus terkam sehingga kami terjatuh.

“Saya tidak fikir sama ada per4gut itu berbahaya atau tidak pada waktu itu, yang penting saya dapat tangkap per4gut terbabit. Ramai cakap saya bertubuh kecil, tetapi berjaya tangkap per4gut.

“Semua itu dengan bantuan orang awam yang berada di sekitar kawasan yang turut membantu bersama menangkap per4gut terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shazrin Hafeez berkata, sebaik per4gut berjaya diikat, orang awam yang marah kemudian bertindak menumbuk per4gut terbabit.

Menurutnya, dia cuba menenangkan mereka dan meminta bersabar sehingga polis tiba.

“Orang awam menghubungi polis, tidak lama kemudian polis tiba. Saya bersama m4ngsa kemudian turut ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan berhubung kejadian.

“”Memang tidak sangka video itu tular dengan begitu pantas. Saya diberitahu rakan berhubung video tular saya menangkap per4gut itu ketika sedang berurusan di balai polis,” katanya yang sudah tiga tahun berkhidmat sebagai penguat kuasa MBJB.

Sebelum ini, tular beberapa video memaparkan adegan kejadian r4gut beg tangan milik seorang wanita ketika melintas jalan, hari ini.

Per4gut itu kemudian terjatuh dan ketika dia cuba bangun, kelihatan seseorang berlari dari sebelah kiri sebelum dilihat seolah-olah melakukan ‘flying k1ick’ terhadap per4gut itu sebelum kedua-duanya terjatuh.

Orang ramai di lokasi kejadian kemudian membantu menangkap per4gut terbabit, selain ada yang naik angin memukul suspek.

Sumber : Harian Metro (Omar Ahmad) , Facebook

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Siang jadi penguat kuasa terkam per4gut. Ini pekerjaan dia pada waktu malam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*