“Jujurnya Saya…” – Pelajar Jawab Exam Atas Pokok, Veveonah Mosibin Akhirnya Bersuara!

Pelajar serta YouTuber, Veveonah Mosibin meluahkan rasa kecewanya terhadap dakwaan mengatakan video dia mengambil peperiksaan di atas pokok Jun lalu adalah p4lsu.

Luahan tersebut dibuat menerusi satu posting terbaru di Facebooknya.

Menurut Veveonah, dia agak sedih kerana telah sedaya upaya berusaha untuk menjawab peperiksaan secara atas talian ketika negara menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu.

“Saya tak sangka video itu viral, namun kini saya sekali lagi viral tapi dalam impak yang tidak baik.

“Saya tak tahu nak berdepan dengan komen negatif di media sosial. Menyak1itkan.

Tambah Veveonah, dia juga tidak menyimpan dend3m kepada orang ramai yang selama ini memberi komen berbaur penghi1naan.

“Saya maafkan apa yang kesalahan orang ramai terhadap saya, tapi saya perlu berlaku adil juga pada diri sendiri. 

“Terima kasih kepada mereka yang masih sokong,” katanya.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen mendoakan supaya Veveonah terus cekal untuk berkongsi video menarik di YouTube.

Untuk rekod, Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah mencvri tumpuan ramai apabila memuat naik video bertajuk 24 Hours On Tree Challenge di YouTube, Jun lalu.

Video berdurasi kira-kira 11 minit itu menunjukkan Veveonah terpaksa memanjat pokok untuk menjawab kertas peperiksaan disebabkan capaian internet yang lemah.

Walaubagaimanapun, semalam Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul mendakwa video tersebut adalah palsu.

Menteri minta maaf salah cakap Veveonah Belajar atas pokok untuk naikkan ‘viewer’ Youtube

akaman video seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin didakwa terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi membolehkannya menduduki peperiksaan secara dalam talian di Pitas, Sabah sebenarnya sekadar dilakukan hanya bertujuan hiburan dan menaikkan ‘viewer’ rancangan YouTubenya.

Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang menjelaskan hasil siasatan kementeriannya mendapati Veveonah yang juga merupakan seorang Youtuber, sebenarnya tidak menduduki peperiksaan ketika video tular itu dirakam.

“Untuk pengetahuan Yang Berhormat, adik (Veveonah) yang tadi tersebut seorang Youtuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya Youtuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.

“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita sebagai Yang Berhormat jangan mudah tertipu dengan Youtuber untuk membuat isu,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Donald Peter Mojuntin yang bertanyakan tindakan kerajaan bagi memastikan keseimbangan capaian internet antara bandar dan luar bandar serta mengaitkan isu video tular Veveonah dengan perkara itu.

Sehubungan itu, Zahidi meminta semua wakil rakyat di kawasan tidak ada liputan atau berada di lokasi titik buta untuk memaklumkan permasalahan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi penyelesaian segera.

“Jadi, kita minta Yang Berhormat di kawasan yang tidak ada line atau blind spot (titik buta), maklumkan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kita akan segera atasi masalah tersebut terutamanya dari segi pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Zahidi turut menjelaskan kerajaan sedang meningkatkan taraf capaian internet 4G daripada 91.8 peratus kepada 96.9 peratus namun masih ada beberapa kawasan titik buta termasuk di bandar.

Beliau turut mendedahkan vandalisme juga turut berlaku menyebabkan kerajaan sukar untuk menaik taraf capaian internet khususnya di luar bandar.

“Sesetengah kawasan luar bandar ada titik buta perlu segera kita tangani dan tambah alat pemancar. Banyak kawasan tersebut wujud di negara kita.

“Ada menara kita pakai set jana kuasa elektrik namun kena curi, ada kawasan kita tanam fiber turut dicuri. Ini antara masalahnya,” katanya.

Dalam perkembangan terkini, Zahidi tampil memohon maaf dan memperbetulkan semula kenyataan sebelum ini kerana memperolehi maklumat yang salah

 

Berikut permohonan maaf menteri

Merujuk kepada perbahasan di Dewan Negara hari ini, saya ingin membetulkan kenyataan mengenai adik Veveonah Mosibin tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika video beliau belajar di atas pokok tular di media sosial.

Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan. Saya ingin memohon maaf kepada adik Veveonah Mosibin dan juga akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti.

Semoga adik Veveonah Mosibin terus maju jaya dalam setiap bidang yang diceburi.

Zahidi Zainul Abidin. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia

3 September 2020

Rata-rata netizan m3ngecam kenyataan menteri tersebut

“Selidik dulu lain kali.Pergi tengok balik kenyataan kamu semula..cara kamu cakap tu..sangat berkeyakinan. “dia tak da exam,dia youtuber” berapa kali kamu tekankan ?Ada exam ke tak da ke..rakyat berhak dapat fasiliti dan kemudahan.Bukan tunggu ada exam ke nak mati ke nak terberanak ke baru nak sediakan.

“kesian adik vevonah…tapi elok la dia viral sekurang2nya di kampungnya ada capaian internet…tak kira la semenanjung atau sabah atau sarawak…harap teknologi dapat dirasai oleh semua…

” Encik Zahidi…

1. Kamu telah memalukan Vevonah.
2. Kamu telah memalukan diri sendiri kerana tidak menyiasat hal yang sebenarnya.
3. Orang yang bagi maklumat salah itu kepada kamu juga telah mempermalukan kamu.
4. Orang tunggu kamu minta maaf (mereka tak lupa, apatahlagi orang Sabah dan keluarga Vevonah).
5. Untuk membersihkan nama kamu kembali, akui kesalahan dan perbetulkan kisah sebenar.
6. Vevonah akan merasakan kesan dari tuduhan itu utk masa yg lama, kesian dia. Dia tak kacau/kenal kamu pun, Encik Zahidi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : 

 

Be the first to comment on "“Jujurnya Saya…” – Pelajar Jawab Exam Atas Pokok, Veveonah Mosibin Akhirnya Bersuara!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*