Shuib Nak Jual Motor Ysuku Beliau. Sekali Zizan Nak Beli Dgn Harga Tak Masuk Akal?

Kali pertama Shuib post pasal Ysuku di Instagram untuk pujuk Siti Sarah beli motor Ysuku ialah pada 23 Mei 2019.

Punca Kenapa Shuib Beli Ysuku

Kali pertama Shuib terdetik untuk beli motor Ysuku berpunca daripada plate number sebenarnya. Sebelum ni Shuib ada sebuah motor yang jarang sekali digunakan.

Motor tersebut dibeli sebab nak beli plate number yang digunakan untuk kereta Shuib sekarang ni.

Semuanya bermula apabila ada seorang follower di Instagram yang DM Shuib, hantar gambar kat Shuib bersama dengan sebuah motor Ysuku parking sebelah kereta Shuib.

Yang menariknya, plate number motor tersebut berjaya menambat hati Shuib. Kesudahannya, motor Ysuku tersebut dibeli oleh Shuib daripada follower yang DM di Instagram.

SHUIB NAK JUAL MOTOR YSUKU

Hari ini Shuib telah memuat naik satu video di instagram beliau dengan kapsyen ‘Tak di bawak,jarang di start,, NAK JUAL LAH,ade yg nak beli tak? Bukak harga tgk brp yg berani???’.

Adakah Shuib betul betul nak lepaskan motor kesayangan beliau? Zizan Razak antara yang terawal menawarkan harga kepada Shuib.

‘RM45K’ – Zizan Razak

Semua sedia maklum bahawa Zizan sudah mempunyai motor Y15zr sendiri tetapi dia telah menawarkan RM45k kepada Shuib Sepahtu sekiranya dia sanggup melepaskan motor Ysuku bunga bunga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tak di bawak,jarang di start,, NAK JUAL LAH,ade yg nak beli tak? Bukak harga tgk brp yg berani???

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Rasanya sangat okay harga yang ditawarkan kepada Shuib bagi pendapat admin. Patut atau tidak Shuib jual motor kesayangan dia? Apa pendapat anda?

Sumber : AwatttSyeikhh Network

 

Be the first to comment on "Shuib Nak Jual Motor Ysuku Beliau. Sekali Zizan Nak Beli Dgn Harga Tak Masuk Akal?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*