“Banyak Kali Kant0i Cur4ng..” Selepas 4 Tahun Bersama, Aliff Aziz Luah Sesuatu

GENAP empat tahun melayari rumah tangga bersama Bella Astillah, penyanyi Aliff Aziz meluahkan rasa syukur apabila berjaya menempuhi pelbagai ujian bersama selama tujuh tahun perkenalan.

Aliff, 29, berkata, biarpun belum menjadi seorang suami yang sempurna, namun Allah memberkati rumah tangga mereka untuk kekal bertahan.

“Hari ini menandakan ulang tahun ke-4 untuk kita sayang. Saling mengenali selama tujuh tahun dan menempuh banyak rintangan bersama selama itu.

“Saya belum menjadi suami yang sempurna tetapi Allah memberkati kami untuk terus kuat,” ujarnya.

Aliff dan Bella dinikahkan pada 9 September 2016.

Tambahnya, rasa cinta mereka turut dilengkapi dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Dalam pada itu, Aliff turut berharap wabak Cov1id-19 segera berakhir dan dapat bertemu dengan isteri dan anak-anaknya itu.

“Saya doakan wab4k ini segera berakhir. Semoga tahun-tahun yang lebih diberkati datang untuk kita Insyaallah. Saya sayang awak Bella Astillah” tulisnya di Instagram.

 

Empat tahun bukan masa yang singkat dan bukan masa yang lama.

BELLA ASTILLAH

PENYANYI/PELAKON

Sementara itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, menerusi Intagram turut meluahkan perasaan gembira dan menganggap kehidupannya kini sempurna dengan kehadiran dua cahaya mata.

Bella juga berharap perkahwinan yang dibina itu kekal dan diberkati Allah.

“Empat tahun bukan masa yang singkat, tapi bukan masa yang lama kita bersama. Semoga Allah sentiasa merahmati perkahwinan ini.

“Apa yang saya boleh cakap sekarang kehidupan saya sempurna bersama dua cahaya mata kami,”ujarnya.

Bella baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua mereka pada 18 Julai lalu.

Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan sepasang orang cahaya mata iaitu Mohd Ayden Adrean, 3 tahun dan Ara Adreanna yang lahir pada 18 Julai lalu.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan bercer4i pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku cur4ng.

Bagaimanapun, mereka kembali rujuk sebagai suami isteri ketika masih tempoh edah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "“Banyak Kali Kant0i Cur4ng..” Selepas 4 Tahun Bersama, Aliff Aziz Luah Sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*