Harta arwah Abam akhirnya dibahagi ikut kaedah faraid, ini reaksi Ali Puteh

KUALA LUMPUR: “Saya ada baca laporan media berhubung keputusan itu… Memang sepatutnya soal faraid itu diselesaikan mengikut hukvm Islam kerana itulah yang sebaiknya.”

Itu reaksi pelawak, Ali Puteh berhubung keputusan tuntutan faraid harta peningg4lan abangnya, Allahyarham Abam Bocey yang ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini.

Berdasarkan keputusan itu, pembahagian harta merangkumi rumah, kereta, wang tunai dan barang peribadi milik pelakon dan pelawak itu akan dibahagikan mengikut hukum Islam tanpa meminggirkan mana-mana pihak yang berhak termasuk balu, Nor Hidayah Mohd Ali dan ibu Abam, Sabariah Arshad.

Ditanya mengapa dia dan ibunya tidak hadir pada prosiding kes tuntutan faraid dan hadanah (hak penjagaan anak), pagi tadi, Ali atau sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, memberitahu, isterinya perlu menjalani pemeriksaan berikutan kandungan yang semakin sarat.

“Saya tidak dapat hadir kerana menghantar isteri yang sedang sarat meng4ndung. Ibu pula menggunakan kerusi roda. Jadi takkanlah saya hendak biarkan ibu pergi bersendirian.

“Lagipun, saya tak rasa emak saya perlu pergi kerana kerana perkara itu (prosiding) di luar bidang kuasanya,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Juara program Maharaja Lawak 2019 ini turut meluahkan rasa kesal apabila ramai yang masih menganggap dia dan anggota keluarga sengaja mahu mengganggu proses pembahagian harta secara faraid biarpun perkara itu dakwanya, tidak pernah berlaku.

“Saya tahu memang ada yang mengatakan kami sengaja menghalang proses pembahagian harta mengikut faraid.

“Kalau melihat kembali video saya sebelum ini dan yang terkini, saya memang menggalakkan pembahagian harta mengikut hukum faraid kerana itulah yang sebaiknya,” katanya.

Sebelum ini, Nor Hidayah meluahkan rasa puas hati apabila pembahagian harta peninggalan arwah suaminya dibuat mengikut hukum faraid seperti yang dituntut.

Nor Hidayah dilaporkan berkata, mahkamah menetapkan bulan depan sebagai tarikh baharu untuk prosiding kes tuntutan hak penjagaan anak berikutan kegagalan bekas ibu mentuanya untuk hadir ke mahkamah, pagi tadi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : BH

 

Be the first to comment on "Harta arwah Abam akhirnya dibahagi ikut kaedah faraid, ini reaksi Ali Puteh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*