Kec0h Ibu Dilarang Masuk Majlis Kahwin Anak, Sufi Dedah Apa Yg Berlaku Sekarang

KUALA LUMPUR: Enggan memperbesarkan isu keretakan hubungan dengan ibu, penyanyi, Sufi Rashid mengakui sudah kembali ke pangkuan keluarganya.

Sekian lama membiarkan teka teki sejak video perg4duhan pada majlis persandingannya tular, Sufi berkata, hubungannya dengan keluarga tidak seteruk seperti sebelum ini, malah, hubungan isteri dan ibunya juga semakin baik.

“Alhamdulillah, hubungan dengan keluarga tidak lagi seteruk dahulu. Lagipun, saya malas terlalu memikirkan masalah yang berlaku.

“Saya membawa isteri bertemu ibu selepas majlis persandingan pada September, tahun lalu. Bagi saya, isu keluarga perlu diselesaikan dengan cara kekeluargaan. Apapun berlaku, ibu tetap ibu, saya harus menghormatinya.

“Apa yang berlaku sebelum ini hanyalah salah faham. Untuk mendapat kepercayaan keluarga bukannya mudah, proses memakan masa, lebih lagi berlaku perselisihan.

“Ada juga apa yang diluahkan dimanipulasi, jadi perkara seumpama ini juga sedikit sebanyak mempengaruhi keluarga. Jadi, saya selesaikan kekeruhan yang berlaku bersama keluarga terlebih dahulu,” katanya kepada BH Online.

Apa yang penting, juara program realiti Akademi Fantasia 2015 itu lebih suka berkongsi perkara lain, selain soal peribadi.

Katanya, agama Islam mengajar umatnya berkongsi perkara baik, bukan menga1ibkan.

“Saya tak akan cerita perkara yang tervk. Saya lebih suka berkongsi cerita baik. Bagi saya, dapat mengukir senyuman setiap pagi sebaik bangun tidur adalah satu kebahagiaan.

“Saya mohon doa supaya hubungan saya bukan sahaja dengan keluarga, malah peminat baik-baik sahaja,” katanya.

Selain itu, Sufi berkata, penutupan pintu sempadan berikutan pandemik COVI1D-19 menyebabkannya sudah lima bulan tidak dapat pulang ke Singapura.

Katanya, perkara pertama yang ingin dilakukan adalah membawa isterinya, Nurulain Md Yusof untuk bertemu keluarga, sanak saudara dan rakan di seberang tambak, sebaik kelonggaran diberikan untuk merentasi sempadan negara.

“Kami tidak berpeluang pulang ke Singapura sebaik mendirikan rumah tangga. Saya memang merancang mahu pulang selepas berkahwin, tetapi apakan daya, pandemik COV1ID-19 melanda seluruh dunia. Jadi, kami terpaksa melupakan hasrat berkenaan seketika.

“Bagaimanapun, jika dibenarkan keluar masuk sempadan, saya sudah merancang untuk membawa isteri pulang dan berkenalan dengan keluarga dan sanak saudara,” katanya.

Menyorot perkembangan kerjayanya, penyanyi berusia 29 tahun itu menyangkal dakwaan kerjaya nyanyiannya tenggelam timbul.

Sufi berkata, dia banyak terbabit dengan persembahan secara virtual sejak COVI1D-19 menul4r. Bagaimanapun, ketiadaan single baharu menyebabkannya disangka tidak lagi aktif menyanyi.

Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2016 itu berkata, dia tak kisah sekiranya ada yang melabelnya artis sendu.

“Bagi saya, apa yang lebih penting, kocek tidak sendu. Saya bersyukur tawaran nyanyian masih ada, malah banyak menjayakan persembahan secara virtual.

“Saya juga kini dalam proses menghasilkan single baru. Saya mahu memastikan single ini memberi kesan kepada peminat seperti lagu Kisah Dua Muka,” katanya.

Bagaimanapun, Sufi berkata, dia sedaya upaya mahu memastikan single yang baru diterima, tetapi pada masa sama, harus akur pada nasib.

“Kadang kala saya rasakan single cukup sedap pada pendengaran, tetapi saya kena akur, cita rasa pendengar orang tidak sama. Jadi, sukar menjangkakan lagu yang didendangkan meletup atau sebaliknya kerana ada masa kita jangka lagu boleh pergi, tetapi selepas diputarkan, kurang mendapat sambutan.

“Sama juga apabila tidak yakin sesebuah lagu boleh pergi, tetapi peminat pula suka. Jadi, pasaran muzik sebenarnya sesuatu yang sukar ditafsir,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : BH

 

Be the first to comment on "Kec0h Ibu Dilarang Masuk Majlis Kahwin Anak, Sufi Dedah Apa Yg Berlaku Sekarang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*