Tak Sangka, Man Raja Lawak Ungkit Hut4ng Ogy Yg Belum Selesai, Rupanya Masih Banyak

Kuala Lumpur: Pelawak dan pelakon, Man Raja Lawak berharap penerbit, Ogy Ventures & Network dapat melunaskan baki bayaran lakonannya yang masih tertungggak.

Man atau atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kasim, 43, berkata sudah berbulan-bulan dia menunggu dengan sabar baki bayaran yang hingga kini tidak diterima lagi.

“Baki bayaran saya RM7,000 yang belum dilunaskan produksi berkenaan, milik pelakon Fauziah Ahmad Daud atau saya panggil, kak Ogy.

“Sudah empat kali sebenarnya penerbit mungkir janji untuk bayar. Tarikh baharu yang diberikan kini ialah 18 September. Jadi, saya akan tunggu dan harap betul-betullah duit itu ada.

“Saya faham, penerbit sekarang pun pasti berusaha gigih mengumpul wang untuk membuat pembayaran berkenaan. Tapi, kenalah sedia maklum saya pun ada komitmen juga,” katanya.

Menurut Man lagi, dia hanya mampu terus menunggu bayaran berkenaan dibuat kerana hut4ng tetap hut4ng yang perlu dilunaskan oleh pihak penerbit.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Perghhhh..spe ingat ??

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Apapun, katanya dia tetap kagum dengan sikap bertanggungjawab penerbit kerana masih ingat pada hut4ng yang belum selesai itu. Cuma, berharap pembayaran tidak lagi ditunda.

Terdahulu, pada 28 Februari dan 1 Mac lalu, Man terbabit dalam pementasan teater K0rupsi Dewan Semandung arahan Khir Rahman yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Man menggantikan posisi Allahyarham Abam Bocey yang sepatutnya beraksi dalam teater itu. Bagaimanapun, hingga kini kemelut bayaran tertunggak kepada sebahagian pelakon dan kru produksi teater didakwa masih belum selesai.

Teater Korupsi Dewan Semandung turut membariskan pelakon lain seperti Mark Adam, Tauke Jambu, Douglas Lim, Syura Badron, Azmi Caliph Buskers dan ramai lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : HM

 

Be the first to comment on "Tak Sangka, Man Raja Lawak Ungkit Hut4ng Ogy Yg Belum Selesai, Rupanya Masih Banyak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*