‘Eira Ni Asalnya Dulu Orang Susah, Peniaga Pasar Malam Jer’, Lelaki Tampil Pecah Rahsia

Isu video tular membabitkan seorang influencer wanita bernama Eira Aziera yang ditengki1ng pemilik kedai ketika sedang membuat live masih hangat diperkatakan ramai.

Memang tidak dinafikan berdasarkan video tersebut kedengaran agak jelas pemilik kedai itu menengk1ing Eira agar tidak membuat live dan mempromosikan produk di dalam kedainya.

Mungkin juga niat makcik itu sekadar mahu menegur. Tapi tidak kedengaran pula kata-kata makcik kedai itu menghalau keluar.

Yang dengar cuma makcik tu cakap, “Kedai makan tak boleh buka produk. Selepas makan balik, (sebab) PKP”.

(Dalam video memang jelas Eira sibuk mempromosikan produk kesihatan beliau)

Namun yang menjadi hangat apabila orang yang ditegur tak kurang lantang mulutnya.

Terus dibalas kata-kata makcik tuan kedai itu kononnya dia niat mahu membantu mem’viral’kan kedai makcik itu dan tak sepatutnya dia kena ‘sound’.

Dan selebihnya adalah ayat-ayat yang tersembur keluar dari mulut Eira yang tak sanggup nak dengar.

Ada yang kata Eira tidak ditengk1ing..Eira minta orang ramai tengok balik video

Susulan dari video itu juga terdapat beberapa orang yang meninggalkan komen mengatakan makcik restoran tersebut tidak memaaki hamun Eira.

Disebabkan itu Eira meminta semua untuk melihat kembali video LIVE tersebut dan nilaikan sendiri.

Lelaki ini sahut cabaran dan dengar balik video..

Individu bernama Eryzal Edry mengikut saranan Eira Aziera dan melihat kembali LIVE tersebut dan memberi pendapat memberi pendapat beliau.

Berdasarkan semakan, Eryzal mempunyai lebih 7 ribu pengikut di Facebook dan banyak berkongsi tentang isu semasa.

Berikut komen beliau.

” Kawan-kawan aku tag dekat aku video ni dari semalam.. suruh tengok video ni.. tapi malam ni baru sempat tengok.

” Masa tengah tengok video ni, aku ada dengar tuan video sendiri cakap minta netizen ulang tengok balik video dia dan minta untuk menilai..

” Pengajaran dan Peringatan yang dapat hasil dari tengok video ni.. bila satu tahap kita dah berada diatas, bersikap lah merendah diri walaupun dah pusing satu malaysia.. jangan sombong jangan ego sampai buat diri rasa tercabar kalau kena tegur..

” Bila kita rasa diri kita hebat dan follower ramai.. kita lah yang akan rasa kita sentiasa betul. sampaikan melalui reaksi balas kita sendiri pun tak menjadikan kita betul.

” Kedudukan atau apa yang dimiliki sekarang bukan nya boleh berkekalan pun. dan siapalah kita boleh tau bila aj4I seseorang.

Asalnya dulu orang susah..

” Eira ni asalnya dulu orang susah..peniaga pasar malam je.. patut tiada istilah dia nak pandang sinis walaupun pakcik tu pakai kain pelekat..

” Tapi tu lah setelah apa yang dia ada sekarang ni.. Kesenangan, kemewahan, bangga dengan followers/ pengikut yang dia ada.. dia rasa selama ni apa yang dia buat tiada halangan.. tiada orang mnghalang..

” Bak kata dia dah pergi satu malaysia (je pun) itu yang buat dia rasa “Tercabar” bila jadi macam tu. Dari situ timbul la keegoan dan lahir lah kes0mbongan dan keangkuhan diri.

” Padahal benda mudah je, kita masuk kedai orang, orang larang tak bagi live, minta maaf dan tutup live. tak nak tutup live pun tak apa.

” Tapi tak payah la menyambung sampai almost dalam 30 mnit tu kau maki, hiina makcik tu dan menghasut orang ramai dalam live tu.

” Dari reaksi balas kau tu pun, kau sendri yang meng’viral’kan betapa teruknya diri kau, as a influencer, alangkah lebih bagus kau memberikan reaksi balas yang positif dari kejadian tu. Mesti ramai yang akan respect.

” Dan tak perlu lah kau guna sentimen melayu untuk pertikaikan macam kau cakap, macam ni ke orang melayu.. sedangkan apa yang keluar dari mulut kau tu.. tak tau la kalau kau bukan orang melayu”

Pendapat admin pula, mungkin ada betul pendapat Eryzal. Sebaiknya adalah tidak perlu mengeluarkan pelbagai kata-kata caacian kepada makcik itu.

Cukup kita ‘blah’ saja dari kedai itu kalau rasa tak suka. Sekian.

Tengok pada gambar yang telah dikongsikan oleh beliau, betul betul menaikkan selera pada siapa yang melihatnya.

Bukti viral sudah ada apabila orang ramai mula menyerbu Restoren 35.

BERATUR SAMPAI KE LUAR

Antara komen netizen

Sumber : Facebook Eryzal Edry

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

 

Be the first to comment on "‘Eira Ni Asalnya Dulu Orang Susah, Peniaga Pasar Malam Jer’, Lelaki Tampil Pecah Rahsia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*