Siti Nurhaliza, Sheikh Muszaphar ‘World’s Most Admired’ di Malaysia

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berada dikedudukan teratas sebagai World’s Most Admired kategori Malaysia yang dikeluarkan portal YouGov.

Portal itu mengumpulkan pencalonan terbuka World’s Most Admired dari panelis di 42 negara dan wilayah seluruh dunia bermula Januari sehingga Mac lalu.

Berdasarkan carta yang disertakan, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu meraih 18.83 peratusan kekaguman bagi setiap orang di 42 negara dan wilayah di seluruh dunia untuk kategori wanita.

Siti berkata, dia bersyukur dengan keputusan itu selain menyifatkan ia adalah penghargaan orang ramai terhadap dirinya.

“Alhamdulillah, saya tak menjangka dan tak terfikir pun benda macam ini. Tapi, apabila ada keputusan menggembirakan, saya bersyukur. Saya rasa ini satu penghargaan orang pada saya.

Carta World's Most Admired.

“Ini semua hasil undian mereka kan. Insya Allah, saya akan terus memberikan contoh dan hasil kerja terbaik, supaya apa saya tonjolkan memberi manfaat kepada orang lain. Itu yang saya nak mereka nampak dan hargai. Terima kasih pada semua yang sudah menghargai saya sepanjang saya bergelar anak seni,” katanya.

Selain itu, Nur Amalina Che Bakri berada di tempat kedua dengan 10.03 peratus dan diikuti Nicol David yang memperoleh 6.76 peratus.

Bagi kategori lelaki pula, Sheikh Muszaphar paling teratas merangkul 10.64 peratus, diikuti Datuk Lee Chong Wei, 8.88 peratus serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperoleh 8.80 peratus.

“I’m humbled, I’m honourd. Thank you so much. Love always,” tulis Sheikh Muszaphar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM

 

Be the first to comment on "Siti Nurhaliza, Sheikh Muszaphar ‘World’s Most Admired’ di Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*