Tak Kisah Tawaran Berlakon Terjej4s, Zara Zya Nekad Berhijab

Sejak beberapa hari lalu dilihat ada memuat naik beberapa keping fotonya berhijab, akhirnya segala tanda tanya mengenai perkongsiannya itu terjawab apabila pelakon Zara Zya mengakui sudah pun berhijab.

Nekad bertudung sejak beberapa hari lalu, Zara berkata dia masih dalam proses untuk membiasakan diri dalam penghijrahan itu serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk dirinya serta terus istiqamah.

“Secara jujur, saya masih dalam proses membiasakan diri dalam penghijrahan ini. Saya mengharapkan doa yang baik-baik.

“Semuanya berlaku atas gerakan hati. Keputusan ini tidak perlu dilengahkan. Saya juga tak mahu hati berbolak-balik dalam melakukan tuntutan wajib ini.

“Saya sempat menghabiskan penggambaran drama Beri Sedikit Waktu pada Jumaat lalu, sebelum bertekad mengenakan tudung sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, Zara berkata dia turut menolak beberapa tawaran drama yang kurang sesuai dengan imej bertudung serta tidak bimbang sekiranya keputusan menutup aurat mungkin menjej4skan tawaran lakonan.

“Saya selalu dengar soal istiqamah ini bukan mudah. Saya harap Allah tetapkan hati dan jiwa saya. Insya-Allah, saya mahu masa depan menjadi lebih baik daripada semalam yang ditinggalkan.

“Tiada langsung rasa sayang menjual pakaian lama. Saya akui, sudah tidak sabar mahu menutup aurat selama ini. Moga ia menjadi permulaan yang baik,” katanya.

“Saya tak terfikir soal ada tawaran kerja atau sebaliknya. Saya percaya pada rezeki yang tertulis. Saya banyak membeli tudung dan pakaian baru,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "Tak Kisah Tawaran Berlakon Terjej4s, Zara Zya Nekad Berhijab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*