Haqiem Rusli Dengar Pengalaman Datuk Rosyam Nor & Hubungi Syamsul Yusof – “Saya Teringin, Tapi Tak Pandai Berlakon.”

“Saya teringin nak berlakon filem, cuma tidak diberi peluang lagi.” Itu impian penyanyi, Haqiem Rusli selepas ditanya apakah perkara yang ingin dilakukan selepas ini sejurus menerima pelbagai pengiktirafan dalam nyanyian.

“Apabila saya membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) menerusi lagu Lembah Kesep1an di samping Datuk Rosyam Nor, beliau ada bercerita mengenai pengalamannya dan saya teringin.

“Bagaimanapun itu tidaklah bermakna saya sudah puas menyanyi, cuma saya nak cuba cabang seni yang lain juga. Biar orang nampak sisi Haqiem Rusli lakukan perkara lain selain menyanyi juga. Saya teringin tapi saya tak pandai berlakon,” katanya.

Berkongsi mengenai sejauh mana keing1nan itu untuk mengas4h bakat dalam lakonan, Haqiem mengakui dia perlukan bimbingan untuk asah skil lakonan.

“Masih perlu diajar, sebab saya bukanlah orang yang banyak bercakap sangat. Kalaulah diberi peluang. Misalnya baru-baru ini saya ada hubungi Syamsul Yusuf menyatakan keinginan itu tetapi dalam cara seloroh.

“Manalah tahu ia boleh membuka jalan. Saya hubunginya terus,” katanya yang idamkan watak serius.

Haqiem pada masa sama juga tidak akan melakukan babak bersentvhan dengan pelakon wanita yang berganding dengannya.

Pemilik nama lengkap Ridzuan Haqiem Rusli itu menambah, dia sedia untuk mempertahankan prinsipnya itu jika berdepan dengan situasi sedemikian andai terbab1t dalam lakonan kelak.

“Kalau ada yang membab1tkan bab4k seperti berpeg4ngan tangan dengan pelakon wanita, saya tak buatlah.

“Insya-Allah saya cuba berjuang untuk elakkan perkara itu disebabkan mahu mengekalkan prinsip diri saya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

 

Be the first to comment on "Haqiem Rusli Dengar Pengalaman Datuk Rosyam Nor & Hubungi Syamsul Yusof – “Saya Teringin, Tapi Tak Pandai Berlakon.”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*