Awie tervja timang anak keenam di usia 52 tahun, jaga kesihatan supaya kekal fit – “Nanti orang tanya tu atuk kau ke? MaIu!”

PENYANYI Datuk Awie berkata dia mula menitikberatkan mengenai kesihatan diri sebagai persediaan menimang cahaya mata keenam yang dijangka Iahir pada Januari depan.

Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman berharap dia dikurniakan kesihatan yang baik bagi memastikan dirinya mampu membesarkan anak kecil itu meskipun usianya kini sudah mencecah 52 tahun.

“Syukurlah dalam umur ini saya dikurniakan cahaya mata yang saya anggap sebagai anugerah dan rezeki tak terhingga serta tiada bandingannya.

“Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah menjaga kesihatan saya supaya bila saya hantar anak pergi sekolah, budak-budak ni tak ingat saya datuk dia… itu paling penting, nanti orang tanya tu atuk kau ke? MaIu nanti!” katanya.

Awie ditemui semasa sidang media filem 10 Tips Tipv Bini yang diadakan di MaTIC, Kuala Lumpur pada Selasa.

Barisan pelakon filem 10 Tips Tipv Bini yang akan ditayangkan di Astro First bermula 7 Januari tahun depan.

Pada 12 November lalu, vokalis kumpulan Wings ini berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya iaitu Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 33, sudah ham1l tujuh bulan.

Dalam pada itu, Awie memberitahu dia kini mementingkan penjagaan pemakanan bagi memastikan tubuhnya sentiasa sihat dan kekal bertenaga.

“Ini salah satu cabaran bila nak ada anak kecil, saya banyak psik0 diri untuk jadi positif. Saya kena jaga kesihatan, kena sentiasa berhati-hati dan kuatkan semangat untuk kekal fit.

“Paling penting jaga pemakanan kerana isteri pun masih muda, dapat anak kecil lagi… jadi kena nampak sealiran la! Nanti kalau kita sak1t dah susahkan isteri pula, jadi saya anggap inilah antara cab4ran hidup, ” ujarnya.

Awie bahagia bersama isteri dan anak-anak.

Awie dan Sharifah Ladyana mendirikan rumah tangga pada 7 Oktober 2016 di Songkhla, Thailand dan ini merupakan cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka.

Sebelum itu, Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 19, dan Puteri Aleefa Antasha, 17.

Selepas perkahwinan mereka gagaI, Awie bernikah pula dengan Rozana Misbun yang juga merupakan adik kepada pelakon Haliza Misbun pada tahun 2006.

Awie dan Rozana memiliki tiga orang anak hasil daripada perkahwinan mereka, iaitu Putra Ahmad Merrah, 11, Putra Ahmad Rezzki, 10, dan Puteri Qasseh Antasha, 8.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Awie tervja timang anak keenam di usia 52 tahun, jaga kesihatan supaya kekal fit – “Nanti orang tanya tu atuk kau ke? MaIu!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*