Kekasih Puji Cantik Berhijab, Atikah Suhaime Belum Bersedia

Tampil manis bertudung dalam drama Aku Seorang Perempuan yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, pelakon Atikah Suhaime berkata dia dipuji cantik berhijab oleh kekasihnya, Datuk Lokman Teh.

Atikah memberitahu kekasihnya juga pernah memintanya untuk memakai tudung namun dia mengakui masih belum bersedia untuk tampil berhijab.

“Hari itu, mama dengan @lokmanteah cakap saya nampak cantik pakai tudung. Lokman suruh saya pakai tudung.

“Tapi pakai tudung sebab nak nampak cantik atau sebab Allah? Entahlah. Belum sedialah. Insya-Allah satu hari nanti,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Atikah memuat naik gambarnya memakai tudung tudung berwarna merah jambu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

 

Be the first to comment on "Kekasih Puji Cantik Berhijab, Atikah Suhaime Belum Bersedia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*