Pegang Pada Prinsip, Hannah Delisha Elak Sentvh Pelakon Lelaki

Sudah hampir lima bulan bertudung dan membuat keputvsan untuk berhijrah, pelakon Hannah Delisha mengakui dia semakin tenang menjalani kehidupan. Tidak r1sau lagi tentang soal rezeki, Hannah percaya semuanya sudah diatur oleh Allah.

Berkongsikan permulaan bagaimana dia ingin memakai tudung, Hannah mengakui sudah lama niat untuk berhijab namun disebabkan komitmen kerja dia perlu menangguhkan terlebih dahulu.

“Saya tak perlu lagi r1sau mengenai rezeki dan sebagainya kerana semuanya sudah diatur dengan baik oleh Allah. Sejujurnya, kehidupan saya juga kini menjadi lebih tenang dari semua sudut.

“Kalau diikutkan, saya sudah terdetik untuk memakai tudung agak lama juga. Namun, saya perlu habiskan penggambaran drama Cinta Sekali Lagi.

“Kalau nak tahu, watak saya sebagai Amanda dalam drama itu yang buatkan saya rasa lebih ingin bertudung. Saya cakap kepada diri saya, ini masanya untuk saya memakai tudung kerana niat hati saya dah semakin hari semakin kuat,” katanya.

Dalam ada itu, Hannah berkata meskipun sudah bertudung namun ia tidak menghalang untuknya membawakan watak antag0nis, namun berpegang dengan prinsip tidak bersentvhan dengan pelakon lelaki.

“Walaupun kini saya sudah bertudung, itu tidak menjadi penghaIang untuk saya terus berlakon dan menerima watak antag0nis.

“Dalam dunia realiti, kita semua sedia maklum bahawa ada juga orang yang bertudung, tetapi memiliki hati yang jaht4. Sekiranya lakonan watak yang saya bawakan itu mampu memberi pengajaran kepada penonton, tentunya saya akan terima.

“Untuk melakukan sesuatu babak r0mantik, pelakon tidak semestinya perlu bersentvhan. Yang penting adalah bagaimana situasi r0mantik itu dibawakan dan paling penting adalah teknik kamera,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

 

Be the first to comment on "Pegang Pada Prinsip, Hannah Delisha Elak Sentvh Pelakon Lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*