“Gement4r Kurang, Tapi Lebih Kepada Rasa Tervja,” – Ayda Jebat Bakal Bergelar Isteri Nabil Mahir Esok

Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat mengakui dirinya rasa tervja apabila bakal disatukan bersama tunang yang juga hos dan usahawan, Nabil Mahir, esok.

Pasangan selebriti ini bakal mendirikan rumah tangga kira-kira jam 3.00 petang di sebuah masjid di ibu kota.

Jelas Ayda, setiap bakal pengantin pastinya mempunyai perasaan yang bercampur-campur apabila hari bahagia hampir menjelang tiba.

Bagaimanapun, dia bertuah kerana Nabil seorang yang banyak memberikan sokongan dan keserasian bersama membuatkannya lebih bersedia untuk menempuh alam rumah tangga selepas ini.

“Perasaan gement4r itu kurang sedikit tetapi saya boleh katakan ia lebih kepada rasa tervja.

“Malah saya sudah beritahu Nabil, bila majlis akad nikah itu nanti, kalau boleh saya nak jadi individu terakhir masuk masjid. Nak elakkan perasaan berbavr itu.

“Mungkin Nabil rasa gement4rlah kot sebab dia dipihak lelaki kan? Akan tetapi bagi saya, kami sebenarnya rasa tervja itu lebih memandangkan perancangan ini sudah pun dibuat lama.

“Dokan agar semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar esok. Terima kasih buat rakan-rakan yang sejak awal memberikan ucapan tahniah.

“Selain memahami kekangan semasa memandangkan kami memilih untuk tidak menjemput ramai tetamu.

“Kami enggan ambil risik0. Kami tidaklah rasa terk1lan kerana tiada majlis besar, cuma ketika ini lebih baik diadakan secara sederhana sahaja. 

“Apa yang penting adalah perkara wajib, moga majlis akad nikah kami dapat disempurnakan dengan baik,” katanya.

Ditanya mengenai nasihat orang lama yang tidak menggalakkan pasangan bakal pengantin kerap bertemu saat tarikh kahwin kian hampir, Ayda ada jawapan sendiri.

Jelasnya, mereka sudah mempunyai beberapa kerja yang perlu diselesaikan berdua meski tarikh perkahwinan kian hampir.

“Buat masa sekarang kami ada beberapa projek bersama, selain Nabil juga turut bertindak sebagai pengarah bersama untuk muzik video Par4h Par4h.

“Jadi ada beberapa komitmen yang perlu kami buat berdua. Lagi pun saya tidak ramai kawan, jadi sejujurnya saya rasa selamat bila dia ada di sisi,” katanya.

Terdahulu pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu menerusi aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

 

Be the first to comment on "“Gement4r Kurang, Tapi Lebih Kepada Rasa Tervja,” – Ayda Jebat Bakal Bergelar Isteri Nabil Mahir Esok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*