Intan Ladyana, Harris Alif Kahwin Mac Ini?

Timbul des4s-desvs mengatakan bakal menamatkan zaman bujang pada Mac depan, bagaimanapun Intan Ladyana tidak mengiya atau manaf1kan pengkhabaran mengenai dia dan kekasihnya, pelakon muda, Harris Alif.

Dikatakan masih dalam proses mencari lokasi sesuai untuk majlis hari bahagianya itu, Intan berkata berkata dia akan berkongsikan perkhabaran gembira itu apabila tiba masanya nanti.

“Insya-Allah, bila tiba masanya akan diberitahu juga nanti, tunggulah. Bukan saya taknak mengaku (rancang kahwin), tapi biarlah sampai masanya dahulu.

“Saya ini jenis orang yang tidak suka bercerita, kalau tak ada apa-apa lagi. Cuma, yang boleh saya cakap sekarang, Insya Allah akan diberitahu nanti,” katanya.

Akui sudah bersedia untuk untuk melangkah ke fasa berumah tangga, Intan meminta peminat mendoakan yang baik-baik sahaja dan enggan bercerita mengenai soal peribadi.

“Insya- Allah, saya dah sedia. Pada umur saya kini, kalau masih tak sedia, tak tahu lah. Apapun doakan sahaja.

“Dalam soal peribadi ini, saya memang tak gemar bercerita sangat. Sejak dari dahulu, saya memang memilih untuk lebih berkongsi cerita mengenai kerjaya berbanding peribadi,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

 

Be the first to comment on "Intan Ladyana, Harris Alif Kahwin Mac Ini?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*