Harris Annuar tak berpest4 di Langkawi

Syarikat pengurusan Absolut Management menaf1kan pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar berpesta di sebuah hotel di Pulau Langkawi antara 26 Disember 2020 sehingga 1 Januari lalu.

Dalam kenyataan itu, dimaklumkan Harris juga tidak berpesta di mana-mana lokasi lain di sana atau berada di tempat awam yang ses4k.

“Pihak pengurusan ingin menyangkaI bahawa ada spekuIasi yang mengatakan Harris berpesta di Hotel Dash, Langkawi dan ia adalah tidak benar. Harris juga tidak pernah pergi ke Restoran Cili Kampung seperti yang diperkatakan.

“Sepanjang di sana, Harris mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan memakai pelitup muka sepanjang masa serta mengimbas MySejahtera setiap kali ke tempat yang dilawati sepanjang berada di sana.

“Pihak pengurusan juga ingin mengesahkan Harris tidak pergi ke mana-mana pest4 atau tempat yang ses4k,” katanya.

Dalam kenyataan sama, disertakan tarikh dan tempat penginapan serta yang dikunjungi Harris sepanjang berada di sana.

Antaranya, pada 26 Disember Harris menaiki Langkawi RORO Ferry pukul 12 tengah hari; 26 dan 27 Disember di Chupun Avillage; 27 sehingga 29 Disember di Ab Motel; 29 Disember sehingga 2 Januari di Camar Resort; dan pulang ke Kuala Lumpur pada 2 Januari lalu dengan menaiki penerbangan Air Asia AK 6303 pukul 12.50 tengah hari.

Sementara itu, tempat dan restoran yang dikunjungi Harris antaranya pada 27/28 dan 29 Disember di Bamboo Corner, Western Pantai Chenang Scuba Cafe dan Kak Yan Nasi Campur; 28 Disember/ 1 Januari di Nasi Dagang Pak Malau; 28 Disember di Hidden Cafe Pantai Tengah dan Pulau Tasik Dayang Bunting; 30 Disember di 420 Burger Station; 31 Disember di Restoran Sg Lubuk Buaya, Arang Grill Pantai Tengah, Langkawi Sky Cable, 3D Art, Skyrex dan Sky Dome; dan 1 Januari di Kalut.

Sementara itu, pihak pengurusan berharap orang ramai tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan tidak benar membabitkan Harris.

“Pihak pengurusan ingin mengges4 dan menasihati kepada sesiapa yang berada di tempat awam yang dikunjungi Harris untuk pergi membuat ujian C0vid-19 dalam kadar segera,” katanya. Terdahulu, Harris disahkan p0sitif C0vid-19 selepas menjalani uj1an saringan yang dikendalikan sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor, kelmarin.

Menurut Harris, rakan baiknya, Tajuddin Bakar turut didapati p0sitif C0vid-19 menerusi ujian saringan pertama.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM

 

Be the first to comment on "Harris Annuar tak berpest4 di Langkawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*