‘Lailer’ dah sebati dalam diri, Riena Diana janggaI bawa watak serius – “Harap peminat nampak karakter lain yang saya bawa”

PELAKON Riena Diana tidak menaf1kan sehingga ke hari ini peminat masih lagi memanggil dirinya sebagai Lailer biarpun drama Kampung People sudah lama menamatkan siarannya tahun lalu.

Menurut Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal, 24, dia berharap dapat move on daripada watak tersebut agar peminat dapat melihat pelbagai lagi karakter lain yang mampu dijiwainya selain daripada watak komedi.

Terbaharu, Riena muncul dengan drama bersiri yang memaparkan realiti kehidupan petugas barisan hadapan berjudul Hadiah Dari Tuhan.

Menerusi drama itu, Riena membawakan watak lebih serius yang memaparkan kehidupan golongan berpendapatan sederhana dalam berhadapan pandem1k C0vid-19.

“Kali ini saya rasa janggaI sedikit bawa watak ser1us sebab dah biasa bawa watak kelakar.

“Nak lari daripada imej watak gadis bimbo Lailer yang saya pernah bawakan sebelum ini, saya hanya ikut sahaja arahan daripada pengarah drama agar mesej yang nak disampaikan dalam drama ini dapat diterjemahkan dengan baik.

“Kali ini saya tak nak peminat ingat watak saya sebagai Lailer, watak itu macam dah sebati dengan diri tapi saya harap orang nampak juga watak-watak lain yang saya cuba bawakan selepas ini,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai proses penggambaran Hadiah Dari Tuhan yang berlangsung sepanjang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada November lalu, Riena akui ada ketika dia berasa sedikit kurang seIesa untuk memakai t0peng muka namun ia harus dilakukan demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Penggambaran drama ini memang pihak produksi jaga dan ikut SOP dengan ketat.

“Memandangkan drama ini memang menceritakan tentang kisah petugas barisan hadapan, memang kita perlu ikut semua SOP yang ditetapkan agar dapat tunjukkan realiti sebenar kehidupan para frontliners kita sepanjang mereka bekerja dalam temp0h svkar ini.

“Kita bekerja dalam temp0h yang agak lama jadi agak sedikit kurang seIesa (pakai topeng muka) sebab susah nak bernafas… tapi itu tidak menjadi masalah buat saya sebab pengalaman yang kita dapat (berlakon dalam tempoh PKPB) amat bernilai untuk dikenang pada masa akan datang.

“Setakat ini, penonton memberikan respon yang baik terhadap drama Hadiah Dari Tuhan, tapi mereka tetap mengaitkan nama saya sebagai Lailer dalam setiap komen yang diberikan.

“Mungkin lepas ini saya kena ambil satu watak yang betul-betul heavy untuk keluarkan imej Lailer itu dari diri saya,” ujarnya berseloroh.

Selain Riena, drama arahan Fairuz Loy itu turut dibintangi Amy Mastura, Izreen Azminda, Syafi Tee, Elisya Sandha, Sophia Barakbah dan Ashraf Muslim.

Ia ditayangkan di slot Lestary pada setiap Rabu hingga Sabtu bermula 30 Disember lalu, pukul 9 malam di TV3.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "‘Lailer’ dah sebati dalam diri, Riena Diana janggaI bawa watak serius – “Harap peminat nampak karakter lain yang saya bawa”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*