Sama-sama sertai misi bantuan b4njir, Ustaz Ebit terh4ru Agong belanja ikan patin – “Semua memang berdoa je teringin nak bergambar”

KEPERIBADIAN Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang begitu merendah diri dan berjiwa rakyat sememangnya dikagumi ramai.

Lihat sahaja ketika beberapa buah negeri diIanda banj1r tervk ketika ini, kelibat baginda berdua dengan diiringi anakanda-anakanda kerap kelihatan di kawasan terjej4s bagi men1njau dan memberi bantuan.

Maka tidak hairanlah seluruh rakyat di negara ini begitu menyayangi dan mengkagumi baginda, termasuklah pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Menerusi satu posting di Facebook, Ebit berkongsi pengalaman manis ketika bersama-sama dengan baginda menyampaikan bantuan banjir di Pahang.

“Terh4ru seb4k sangat. Selepas misi bantuan, rezeki Tuanku YDPA belanja makan ikan patin di Temerloh. Ya Allah. Malu sangat rasa sebab dari mula sampai akhir Tuanku YDPA layan dan jemput makan. Dari mula minta baca doa sebelum makan,” cerita Ebit.

Malah cerita Ebit, baginda juga tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sering turun padang menghulurkan bantuan untuk m4ngsa banj1r di negeri tersebut.

Ustaz Ebit aktif turun padang membantu m4ngsa banj1r.

“Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini. Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banj1r. Pecah tiga lagi. Tuanku YDPA, Permaisuri Agong, dan Pemangku Raja.

“Supaya dapat cover setiap ceruk kawasan banj1r. Dari pagi sampai lewat malam. Saya ikut sekejap terasa pen4t. Tak terkej4r dengan bantuan Tuanku,” tulis Ebit.

Malah tambah pendakwah ini, paling membuatkannya terkejvt dan segan adalah baginda sendiri mengajaknya dan rakan-rakan sukarelawan lain untuk bergambar bersama sebagai kenang-kenangan.

“Lagi rasa maIu bila tiba-tiba Tuanku bangun ajak team saya semua bergambar. Semua memang berdoa je teringin nak bergambar. Allah kabulkan doa kami. Kata Tuanku ini semua takdir Allah atas pertemuan ini.

“Ya Allah inilah Raja kami yang teramat baik dan mulia. Berilah kebaikan dan rahmat kepada Tuanku dan keluarga. Terima kasih ya Allah temukan kami dengan Tuanku YDPA kami yang mulia. Daulat Tuanku,” tulisnya lagi.

Antara komen netizen yang memuji dan tervja apabila Ustaz Ebit berganding bahu bersama Agong.

Sehingga kini posting Ebit meraih sehingga 1,100 shares dan dibanj1ri ratusan komen netizen yang memuji kedua-dua figura tersebut.

“Gandingan yang terbaik. Membantu tanpa mel1batkan p0litik. Hanya untuk kepentingan rakyat semata-mata. Alhamdulillah Syukur Ya Allah. Masih ada lagi mereka yang berhati mulia ini,” komen Hanisah Hassan.

“Alangkah bagusnya kalau orang-orang p0litik semua macam ni, tapi sayang, harapkan pagar, pagar makan padi. Terima kasih Allah, Kau kurniakan kami insan hebat ni,” tulis Shukri Shuk.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Sama-sama sertai misi bantuan b4njir, Ustaz Ebit terh4ru Agong belanja ikan patin – “Semua memang berdoa je teringin nak bergambar”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*