Keluarkan Kenyataan Habatus Sauda Dan Madu Sebagai Vaksin, Warganet ‘Sekolahkan’ Zul Yahya

 

Terdahulu, tular tindakan Zul Yahya memberhentikan anak-anaknya sekolah dan hanya mahu memberi pendidikan agama, semalam kecoh di laman media sosial Instagram apabila Zul memberi kenyataan yang mencetus rasa geram dikalangan warganet.

Berhubung isu agama terus menerima kecaman bukan kerana warganet tidak faham akan Islam tetapi tindakan Zul dilihat seakan salah konsep dengan menyatakan umat Islam sudah lama mempunyai vaksin.

Kenyataan yang dikeluarkan Zul berbunyi seperti ini:

Dah begitu lama umat Islam memilik vaksin yang bukan sekadar mencegah tapi mampu menyembuh

Habatus sauda dan madu

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70)

Kenyataan tersebut telah menerima pelbagai reaksi yang kebanyakannya cuba menasihati pelakon lama itu untuk mengubah cara pemikirannya dan cuba untuk fahami fakta sebenar tentang vaksin.

Ada juga yang memberi nasihat kepada Zul untuk hidup lebih seimbang dari segi dunia dan akhirat. Selain itu, warganet turut berkongsi beberapa hadis dan sunnah untuk membuka mata Zul bahawa vaksin bukanlah satu perkara yang buruk.

Warganet juga pelik dengan tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zul ini seakan sengaja mahu mencetus keraguan dan provokasi. Sebelum ini media sosial dikejutkan dengan pandangan Zul yang menyatakan dirinya tidak mempunyai apa-apa sijil persekolahan tetapi masih menerima rezeki yang mencurah-curah.

 

 

Sumber: Instagram Zul Yahya

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : KoolFM

 

Be the first to comment on "Keluarkan Kenyataan Habatus Sauda Dan Madu Sebagai Vaksin, Warganet ‘Sekolahkan’ Zul Yahya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*