Padam Gambar ‘Free Hair’, Aishah Azman Nekad Berhijab

 

Memuat naik fotonya berhijab dengan kapsyen meluahkan rasa syukur, perkongsian pelakon Aishah Azman mendapat pelbagai reaksi daripada serta pujian daripada netizen.

Mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk berhijab, Aishah berkata dia nekad untuk melakukan penghijrahan pada Jumaat lalu. Malah, keluarga turut gembira dan memberi sokongan kepadanya.

 

“Niat nak bertudung ni sebenarnya dah terdetik lama dan setiap kali atas sejadah, mesti rasa macam sesuatu yang tak lengkap dalam hidup saya.

“Rasa seperti satu perasaan sia-sia saja solat lima waktu tapi tak tutup aurat. Dan saya pegang dengan kata-kata ini, kalau kita nak dekat dengan Allah, kita perlu korbankan banyak benda.

“Pada Jumaat, saya nekad betul-betul nak berhijab. Alhamdulillah, keluarga terkejut dengan perubahan saya tapi memang sangat gembira dan memberi sokongan penuh kepada saya,” katanya.

Dalm pada itu, Aishah berkata dia sudah pun memadam semua foto seksi di akaun media sosial. Ujarnya, dia juga akan lebih memilih tawaran berlakon yang sesuai dedngan imej terbarunya.

“Selepas mengambil keputusan untuk bertudung, saya pun nekad padam semua gambar-gambar saya tidak menutup aurat di laman sosial. Hanya tinggal beberapa gambar saya berhijab.

“Insya-Allah selepas ini juga saya akan terima tawaran berlakon yang bersesuaian dengan imej sekarang ini. Harap semua orang boleh mendoakan yang baik-baik untuk saya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

 

Be the first to comment on "Padam Gambar ‘Free Hair’, Aishah Azman Nekad Berhijab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*