“Biar Dosa Pada Agama Dihitung Di Akhirat, LGBT Bukan Jenayah Moral” – Alicia Amin

 

 

Jika sebelum ini kecoh dengan isu membela anjing, terbaru model dan pelakon, Alicia Amin bersuara mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pula.

 

Kredit foto: IG

 

 

Menerusi sesi soal jawab di Instastory, seorang pengikut menyatakan pendapatnya bahawa hanya muslim yang terbabit kesalahan LGBT harus didakwa kerana “Islam melarang LGBT”.

Bagaimanapun, Alicia tidak bersetuju dan menganggap LGBT bukan satu jenayah moral.

“Saya tak setuju, dosa pada agama sepatutnya biar saja (dihitung) di akhirat nanti,” katanya.

Malah, Alicia menambah manusia tidak layak menghalimkan sesuatu dosa dilakukan.

“Saya rasa, ramai terlupa bahawa satu-satunya yang berkuasa menghakimi dan menghukum adalah Tuhan.

“Ramai yang hilang pekerjaan, keluarga dan peluang dalam kehidupan hanya kerana mereka sebahagian daripada komuniti LGBT.

 

Kredit foto: IG

 

 

“Anda tidak mengambil alih tugas Tuhan dengan menafikan hak mereka. Seperti kebanyakan orang, semua orang melakukan dosa,” ujarnya yang berpendapat tidak semua dosa adalah jenayah moral. CARI

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : CARI

 

Be the first to comment on "“Biar Dosa Pada Agama Dihitung Di Akhirat, LGBT Bukan Jenayah Moral” – Alicia Amin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*