“Ingat Sikit Siapa Diva AA” – Azwan Ali Kesal Penganjur Anugerah Acuh Tak Acuh – CARI

 

Siapa saja tidak kesal apabila dilayan acuh tak acuh, lebih-lebih lagi bagi satu acara besar.

Itulah yang terjadi pada pelakon dan pengacara sensasi Azwan Ali yang mesra disapa sebagai Diva AA.

 

Kredit foto: NST

 

 

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Azwan yang sebelum ini memaklumkan bakal menerima anugerah ‘Asean Inspiring Award Winner 2021’ dari negara jiran, Indonesia meluahkan rasa kesal apabila pihak penganjur seolah-olah sambil lewa.

 

Kredit foto: IG

 

 

DIfahamkan, Azwan yang menjadi pemenang bagi salah satu kategori dianjurkan dipelawa memberi ucapan kepada peminat menerusi aplikasi Zoom pada malam tadi ketika majlis berlangsung.

Bagaimanapun, pihak penganjur tidak menghubunginya seperti dibincang membuat Azwan lama tertunggu-tunggu. Tidak profesional, katanya hingga menyamakan majlis itu seperti pasar malam.

 

Kredit foto: IG

 

 

Malah, ada juga penonton Indonesia yang kecewa tidak melihat kemunculan Azwan di majlis itu.

Namun, Azwan yang berang menyatakan dirinya ‘tidak hadap’ untuk muncul di mana-mana stesen televisyen dan menggesa pihak terbabit menjalankan tugas dengan profesional dari awal hingga selesai program.

 

Kredit foto: IG

 

 

“Bangunlah, kau ingat sikit siapa Diva AA?” CARI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://hiburan.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=59076

 

Be the first to comment on "“Ingat Sikit Siapa Diva AA” – Azwan Ali Kesal Penganjur Anugerah Acuh Tak Acuh – CARI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*